Bagan Pinang: Proses pengundian dicemari pergaduhan penyokong BN dan PAS, SPR kesal

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KECOH..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis. Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.
KECOH..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis. Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.

PORT DICKSON: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam tercalar apabila berlakunya pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau kesal dengan sikap penyokong-penyokong berkenaan hingga mencetuskan kekecohan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, mereka (penyokong dan peraih undi) masih tidak faham dengan larangan yang dikeluarkan oleh SPR supaya tidak hadir pada hari pengundian.

"Kehadiran mereka hanya untuk membuat kacau, tapi bila kita larang mereka degil, bila kedua-dua pihak dah duduk bertentang mula lah pergaduhan macam apa yang berlaku..Saya kesal lah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi, penyokong BN dan PAS masing-masing membaling botol dan kayu ke arah penyokong parti lawan.

Ekoran kejadian itu, dua orang penyokong masing-masing daripada PAS dan BN telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Abdul Aziz lagi, beliau berharap kumpulan penyokong berkenaan tidak mencetuskan kekecohan sehingga menggangu pengundi untuk keluar mengundi.

"Bagi SPR, kita harap pengundi tidak takut untuk keluar mengundi, pihak polis akan memastikan keadaan terus terkawal," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan