Tidak adil salahkan MIC - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Adalah tidak adil untuk menyalahkan MIC terhadap persembahan buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 memandangkan parti kaum India terbesar negara itu hanyalah 'minoriti' dalam BN, yang pasti tidak dapat membawa kejatuhan gabungan parti yang kukuh satu ketika itu, kata timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel.

"Berhubung tuduhan MIC mengecewakan kaum India dan itu sebabnya BN hilang banyak kerusi pada pilihan raya lepas, ingin saya katakan di sini bahawa kami adalah minoriti, dan bagaimana kami boleh membawa kejatuhan kerajaan BN yang kukuh di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Adakah kami juga bertanggungjawab terhadap kemenangan PAS berulang kali di Kelantan?" katanya menerusi blognya di sini hari ini.

Bekas timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata pilihan raya lepas menyaksikan munculnya rasa marah yang melewati batas pelbagai kaum terhadap BN, jadi adalah tidak adil untuk menjadikan MIC sebagai 'kambing hitam'.

Katanya berdasarkan penyertaan beliau dalam kempenkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, beliau pasti Umno tahu siapa yang benar-benar turun padang dan bekerja keras sehingga ke peringkat akar umbi.

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sendiri kerjakerja yang dijalankan oleh MIC di estet Sua Betong (di Bagan Pinang) dan siapa yang benar-benar miliki 'sakti' ini," katanya.

Merujuk kepada parti Makkal Sakti Malaysia yang dilancarkan semalam Palanivel berkata, MIC bukan sebuah 'parti yang baru dilahirkan seperti Makkal Sakthi', dan ia sebuah parti yang berusia 63 tahun yang dilahirkan di sebuah kuil Hindu.

Beliau berkata MIC dibangunkan daripada api yang membara, yang masih membahang di dada setiap anggotanya, dilahirkan dari semangat nasionalism, dan merupakan sebuah parti yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan negara.

"Kaum India mempunyai hubungan emosi dengan MIC. Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj pernah berkata 'jika terdapat hanya seorang sahaja yang menjadi anggota MIC sekalipun, saya tetap akan berbincang hanya dengan MIC', malangnya kini kita tidak lagi berada dalam era pemimpin seperti Tunku.

"Pada pilihan raya lepas penyokong Makkal Sakti dilihat membawa bendera PAS, dilihat membalut diri dengan bendera PAS, dan anggota PAS pula menyeru nama Makkal Sakti bagai satu mantera.

"Sekarang nampaknya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyokongnya. Mereka mula menyeru mantera ini pula. Dalam soal ini adakah Barisan Nasional sedang berurusan dengan fenomena Makkal Sakti yang asli? Atau adakah mereka sedang berurusan dengan sebuah pertubuhan pengganti?" katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan