Susulan EGM: Najib mahu MCA cerminkan 3 ciri

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menurunkan autograf pada buku koleksi ucapannya, Menakhodakan Zaman, Helming In Times yang turut dibeli oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (paling kanan) di Mid Valley Megamall tengah hari tadi. Suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga hadir. (Dari kiri) Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia, Mohd. Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPH, Datuk Ng Tieh Chuan turut menyaksikan. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menurunkan autograf pada buku koleksi ucapannya, Menakhodakan Zaman, Helming In Times yang turut dibeli oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (paling kanan) di Mid Valley Megamall tengah hari tadi. Suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga hadir. (Dari kiri) Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia, Mohd. Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPH, Datuk Ng Tieh Chuan turut menyaksikan. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: MCA yang mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) semalam perlu mencerminkan tiga ciri penting agar ia kembali kuat dan stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini.

Tiga ciri yang diketengahkan Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) ialah kepimpinan MCA perlu berkaliber dan berkesan, mesti meraih sokongan masyarakat Cina untuk menyokong BN dan perlu menyelesaikan kemelut kepimpinan dengan memastikan ia tidak berulang lagi.

Sehubungan itu, Najib memberitahu, beliau yakin mesyuarat Jawatankuasa Pusat, Khamis ini akan menghormati keputusan yang dicapai pada EGM semalam.

"Saya yakin dan percaya bahawa pemimpin-pemimpin MCA mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kestabilan dan keyakinan kepimpinan dalam MCA," katanya.

"Apa jua keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pusat mesti berdasarkan keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA," katanya lagi.

Najib bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku koleksi ucapannya yang berjudul Menakhodakan Zaman, Helming In Times terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Kumpulan MPH di Mid Valley Megamall, pagi tadi.

Beliau diminta mengulas keputusan EGM parti komponen BN itu di mana Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat tewas dalam undi tidak percaya terhadap beliau sementara Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang digantung keanggotaannya diterima semula sebagai anggota parti tetapi bukan sebagai timbalan presiden.

Najib memberitahu, hasil EGM semalam harus dihormati kerana ia dibuat oleh perwakilan MCA.

"Daripada keputusan (yang dicapai), jika kita mengambil tindakan berdasarkan kebijaksanaan kita dan kita mengutamakan kepentingan Barisan Nasional dan MCA berbanding kepentingan-kepentingan lain, saya yakin bahawa MCA boleh memperoleh kembali kekuatan dan boleh muncul semula sebagai sebuah parti yang kukuh dan stabil, malah sebagai rakan penting dalam Barisan," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Najib, adalah penting bagi MCA kembali sebagai sebuah parti yang kuat dan stabil.

Ketika ditanya sama ada Umno akan memanjangkan sokongan kepada MCA untuk keluar daripada krisis semasa sebagaimana pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba dua dekad yang lalu, Najib memberitahu:

"Ya, kami hanya bersedia untuk membantu jika mereka memerlukan sokongan. Saya tidak mahu Umno dilihat sebagai mencampuri urusan dalaman MCA."

"Kami tidak mahu campur tangan dalam urusan MCA. Apa jua keputusan EGM merupakan keputusan ahli-ahli MCA," katanya.

Ditanya sama ada keputusan EGM akan mempengaruhi kedudukan Ong dalam Kabinet, beliau berkata, "soal Kabinet adalah satu perkara yang lain."

"Kita menyelesaikan isu MCA terlebih dahulu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan