Sambutan Hari Malaysia penuh warna-warni

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Persembahan tarian tradisional dipersembahkan pada sambutan Hari Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-52 di Padang Merdeka di sini, pada malam Sabtu.-Foto BERNAMA.
Persembahan tarian tradisional dipersembahkan pada sambutan Hari Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-52 di Padang Merdeka di sini, pada malam Sabtu.-Foto BERNAMA.

KUCHING: Padang Merdeka yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada malam Sabtu bertukar wajah menjadi lautan yang dipenuhi bendera dan ratusan penari yang berpakaian berwarna-warni sebagai tanda bermulanya sambutan Hari Malaysia di sini.

Kira-kira 15,000 orang membanjiri Padang Merdeka untuk menyaksikan persembahan yang penuh warna-warni yang dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan yang menggambarkan konsep 1Malaysia yang melambangkan kepelbagaian kaum di negara ini yang hidup secara harmoni, aman dan makmur dan bersatu padu.

Majlis sambutan bermula sebaik sahaja persembahan tarian khas "Selamat datang 1Malaysia, 1Semangat, 1Tekad, 1Aspirasi" dipersembahkan sebagai mengalu-alukan kedatangan semua tetamu kenamaan termasuklah Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yaim dan menteri-menteri di peringkat Persekutuan.

Persembahan tarian turut menggabungkan penaripenari dari Sabah, Sarawak and Semenanjung Malaysia.

Seramai 40 penari dari Sabah menpersembahkan tarian mereka sambil diiringi "lagu Negeriku Yang Tercinta", manakala 100 penari dari Sarawak mengiringi lagu "Puteri Santubong", "Tandang Bermadah" dan "Satu Sarawak Berbudaya" yang dinyanyikan bekas pelajar Akademi fantasia, Claudia dan Bob.

Seramai 40 penari dari Semenanjung Malaysia pula mengiringi persembahan gabungan empat artis iaitu Fiq, juara program Mentor, Karen Tan, Roy dan Viswanathan, juara pertandingan Irama Malaysia.

Acara kemuncak sambutan ialah perbarisan masuk anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang menaikkan Bendera Malaysia diikuti laungan "Merdeka" sebanyak tujuh kali dan laungan "1Malaysia" sebanyak tiga kali, beramai-ramai yang diketuai oleh Najib.

Persembahan bunga api kemudiannya menghiasi dan menerangi ruang angkasa Kuching sebaik sahaja persembahan nyanyian lagu "Malaysia Satu" dan "Satu Malaysia".

Hari Malaysia yang sepatutnya disambut pada 16 September lalu ditunda ke hari ini kerana menghormati bulan Ramadan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan