Pairin mahu Pemuda PBS jauhkan diri daripada 'politik wang'

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan mengingatkan barisan Pemuda parti itu supaya menjauhkan diri daripada amalan "politik wang" yang boleh menghancurkan parti.

Sebaliknya, beliau berkata mereka perlu mengutamakan nilai murni, semangat patriotisme dan perpaduan yang kukuh.

"Sebagai pemimpin pada masa depan, Pemuda harus mengutamakan nilai yang baik yang menjadi asas perjuangan politik bersama PBS.

"Kita mahu parti kita menjadi harapan dan sandaran rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka dan bukan pula dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan diri sehingga mengakibatkan kehancuran kepada parti," katanya ketika merasmikan Retreat Pemuda PBS di Kem Latihan Biro Tatanegara (BTN) di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PBS Datuk Jahid Jahim.

Kursus tiga itu yang dihadiri oleh 63 peserta terdiri daripada Ketua Pemuda, Exco Pemuda serta wakil pergerakan Pemuda itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda PBS dengan kerjasama Biro Tatanegara cawangan Sabah serta Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri turut meminta Pemuda PBS supaya terus berpegang kepada prinsip perjuangan iaitu 'untuk menjadi ketua yang baik hendaklah menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu'.

Katanya Pemuda perlu bekerja keras untuk menjayakan kempen 1PBS 2010 untuk menambah bilangan anggota baru.

"Sebagai sebahagian daripada jentera kekuatan parti, Pemuda mempunyai peranan penting untuk mendekati golongan generasi muda dan mereka haruslah bijak menggunakan pendekatan yang berkesan untuk memenangi hati mereka," katanya.

Pairin juga mahu Pemuda PBS melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang terutama dalam arena politik. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan