Najib sampaikan sijil dan cenderemata kepada 10 tokoh kemerdekaan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sempena sambutan Hari Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil dan cenderamata kepada 10 orang tokoh kemerdekaan yang telah menyumbang ke arah pembentukan Malaysia di Padang Merdeka di sini malam tadi.

Tokohtokoh kemerdekaan, empat dari Semenanjung Malaysia dan masing-masing tiga dari Sarawak dan Sabah yang telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang sebelum dan selepas pembentukan Malaysia bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Penerima dari Semenanjung Malaysia ialah tokoh sejarah terkemuka negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr Hassan Ahmad, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian dan Pengarah Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Zaiton Othman.

Tiga tokoh kemerdekaan dari Sarawak ialah Pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Tan Sri Bujang Mohamed Nor, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen Serian Datuk Seri Dominic Dagok Randen dan wanita pertama dilantik Anggota Majlis Negeri Sarawak, Datuk Seri Tra Zehnder @ Philomena Tra Jemat.

Sementara itu, tiga tokoh kemerdekaan dari Sabah ialah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tan Sri Ampung Puyon, rakyat pertama Sabah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Malik Jangkat dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Sabah, Datuk Pang Tet Tshung.

Ketika ditemui, Dominic Dagok berkata beliau yang terkejut dengan penganugerahan itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf sumbangannya dalam pembentukan Malaysia.

"Saya hanya dihubungi oleh pegawai dari Arkib Negara bahawa saya akan menerima sijil dan cenderamata daripada Najib malam ini sempena sambutan Hari Malaysia hari ini. Saya tidak percaya.

"Namun begitu, panggilan beberapa kali pegawai serta usaha mengatur penginapan dan pengangkutan yang dibuat dan akhirnya saya berada di sini untuk menerima penganugerahan ini. Saya amat terharu dan terima kasih dengan usaha dan pengiktirafan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sementara itu, Abdul Malik yang merupakan satusatunya rakyat Sabah yang dipilih menyertai rombongan yang diketuai bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman ke negaranegara Komanwel untuk menerangkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, berkata beliau berasa terharu dan gembira kerana perjuangan beliau dihargai.

Pandian pula berkata penganugerahan sebagai tokoh kemerdekaan merupakan satu pengiktirafan yang akan menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada beliau dalam mempertahankan hubungan antara kaum dan etnik di negara ini. "Saya berasa gembira kerana dipilih sebagai tokoh kemerdekaan. Saya akan meneruskan usaha dan perjuangan saya," katanya.

Zaiton yang mempunyai gelaran "Bionic Woman" yang terharu dengan penganugerahan tersebut berkata beliau akan memgiatkan usaha dalam memartabatkan bidang sukan olahraga negara ini.

"Sukan merupakan bidang yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini dan ini akan menyemarakkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan