Muhyiddin cadang wujudkan 'hari bertenang' semasa pengundian

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya hari pengundian pada pilihan raya akan datang dijadikan "hari bertenang".

Beliau berkata hari bertenang itu akan dijadikan satu peraturan yang bertujuan supaya pengundi berasa tenang dan tidak tergugat semasa keluar mengundi.

"Halhal pergaduhan ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini bukan soal penyokong dengan penyokong tetapi yang pentingnya pengundi. Proses undi akan berjalan lancar dan mungkin lebih ramai orang yang akan keluar mengundi," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hari ini, beliau berkata sudah tiba masanya untuk perbincangan dibuat antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan undang-undang ditegakkan semasa pilihan raya.

"Saya dapat banyak pengajaran dari banyak pilihan raya kecil... soal lalu lintas yang tidak dikawal dengan elok, peniaga kecil yang datang tidak ada lesen, menggambarkan mereka tidak langsung mengendahkan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata perkara ini sangat penting kerana mungkin kelemahan itu wujud disebabkan peraturan sedia ada tidak cukup ketat selain menyebabkan kemunculan geraigerai haram. Katanya keteganga

n masih berlaku berikutan jumlah penyokong parti yang ramai berkumpul walaupun SPR suatu ketika dahulu sudah mengharamkan pondok panas.

Muhyiddin yang melakukan tinjauan sekitar pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut menyaksikan beberapa insiden tegang yang membabitkan penyokong PAS dan Umno yang ratarata berlaku di setiap kawasan peti undi.

"Ada dua tiga tempatlah saya saksikan ketegangan, ada juga baling batu dan sebagainya sampai pegawai polis pun ada yang cedera sikit tetapi tidak ada yang begitu serius sangat," katanya.

Muhyiddin berkata perkara itu berlaku mungkin disebabkan kebanyakan penyokong pembangkang datang dari luar yang tidak mengetahui adat budaya tempatan.

"Mungkin macam saya pernah sebut dahulu dia agak rasa tertekan dan sudah dapat isyarat, dia tidak akan dapat sokongan dan mungkin akan kalah teruk, jadi cara ini digunakan. Kalau boleh pengundi tidak keluar dan mereka rasa takut dan peratusan undi akan merosot," katanya.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa keadaan masih lagi terkawal memandangkan insiden pergaduhan bukan sahaja berlaku di Bagan Pinang sahaja, malahan di beberapa pilihan raya kecil yang lain.

Sementara itu, Musa berkata polis menahan dua lelaki kerana terlibat dalam insiden pergaduhan dan baling batu di kawasan Teluk Kemang.

"Saya tidak boleh nak bagi tahu mereka ini penyokong mana pasal masih dalam siasatan, pasal pegawai polis kita pun kena baling batu," katanya.

Insiden baling batu itu turut terjadi di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan yang mengakibatkan seorang pegawai polis cedera.

Musa berkata kebanyakan pergaduhan berlaku disebabkan kedua-dua penyokong parti saling jerit-menjerit dan ini menimbulkan provokasi. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan