Kerajaan tidak lepas tangan masalah penuntut Malaysia di Unand

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah bersikap lepas tangan dalam menangani masalah penuntut Malaysia di Universitas Andalas (Unand) yang terjejas ekoran gempa bumi di Padang, Indonesia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan kesemua penuntut itu dapat meneruskan pengajian mereka yang tergendala.

Beliau berkata proses permindahan kredit serta pertukaran universiti yang terpaksa dilakukan untuk membolehkan penuntut berkenaan menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan tidak semudah yang disangka dan memerlukan pelbagai peringkat prosedur.

"Kita tidak boleh memindahkan mereka sesuka hati kerana ia perlu melihat kepada kesesuaian kredit dan keputusan peperiksaan yang mereka ambil.

"Kementerian bersimpati dengan apa yang berlaku dan kami harap para ibubapa bersabar dan menerima hakikat bahawa apa yang berlaku ialah bencana alam yang tidak dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Perlumbaan Bot Varsity di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir ibu bapa penuntut Malaysia di Unand yang melihat kementerian itu tidak serius dalam menangani masalah penempatan penuntut berkenaan ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Dakwaan itu dikatakan ada hubung kait dengan tindakan kementerian itu memindahkan mereka yang terbabit ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang akan mendatangkan beban kewangan kepada penuntut terbabit berikutan yuran kursus yang lebih mahal berbanding Unand.

Mohamed Khaled yang kesal dengan dakwaan itu berkata, beliau sebelum ini telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan khas yang kini berada di Padang telah ditugaskan untuk mengumpul profiling kesemua penuntut berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"Bagaimana mereka mahu kita lakukan? Apa yang mereka mahu kita lakukan? Anda beritahu kita. Tak bolehlah cakap macam tu. Kita simpati dengan keadaan yang mereka hadapi tapi kita kena ada keputusannya, kena tengok kredit. Saya ingat kalau kita boleh buat keputusan, kita boleh arahkan universiti swasta ambil mereka, tapi soal yuran, soal kecekapan, takkan itu tak diambil kira?" katanya.

Beliau memberitahu kementerian sehingga kini telah mengenal pasti lima IPTS yang bersetuju menerima kemasukan penuntut terlibat, antaranya Kolej Kejururawatan MAHSA, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kolej AIMST. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan