Kemenangan cukup manis di Bagan Pinang - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAAT MANIS...Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) memeluk calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad setelah diumumkan menang pada pilihan raya itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. Mohd Isa mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. -Foto BERNAMA.
SAAT MANIS...Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) memeluk calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad setelah diumumkan menang pada pilihan raya itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. Mohd Isa mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. -Foto BERNAMA.

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kemenangan cukup manis yang menunjukkan kebangkitan BN.

Beliau berkata, kemenangan ini menunjukkan titik perubahan rakyat yang yakin dan percaya terhadap dasar-dasar yang dibawa BN.

"Pastinya ia (kemenangan) cukup manis selepas kita menghadapi kekalahan di hampir semua pilihan raya kecil sebelum ini kecuali di (DUN) Batang Ai" katanya dalam sidang media di sini, selepas BN diumumkan memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, malam ini.

Pada pilihan raya kecil ini, BN yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Tambah Muhyiddin, kemenangan BN pada pilihan raya kecil ini merupakan satu petunjuk yang baik bagi BN dan Umno serta parti-parti komponennya untuk tetus meraih sokongan rakyat.

"Kemenangan besar bagi Tan Sri Isa merupakan satu signifikasi sokongan rakyat terhadap BN keseluruhannya.

"Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar menunjukkan rakyat benar-benar inginkan perubahan.

Muhyiddin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Bagan Pinang kerana telah memberi kepercayaan sekali lagi buat BN untuk memajukan serta membawa perubahan kepada penduduk di kawasan tesebut.

"Kita akan memastikan segala usaha untuk membangunkan Bagan Pinang akan dilaksanakan dan saya yakin Tan Sri Isa akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan peruahan yang dijanjikan terhadap rakyat itu berjalan dengan lancar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan