Gelanggang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dibuka

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah bermula pukul 8 pagi tadi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 59, sebagai calonnya bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang itu, yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum 2008.

PAS pula mempertaruhkan Pesuruhjaya parti itu bagi Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, sebagai calonnya.

Bagaimanapun kedua-dua calon berkenaan bukan pengundi di DUN Bagan Pinang.

Proses penjumlahan undi rasmi akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Pord Dickson (MPPD).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang akan diketahui seawal pukul 8 malam.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman berjaya menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun bagi 4,604 pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis, mereka telah mula mengundi Khamis lepas.

SPR menyediakan sebanyak lapan pusat mengundi dan 18 saluran mengundi bagi memudahkan pengundi biasa di Bagan Pinang menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat.

Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai lapan daerah mengundi iaitu Pekan Siliau, Teluk Kemang, Ladang Atherton, Ladang Bradwall, Kampung Bagan Pinang, Taman Eastern, Sua Betong dan Si Rusa.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan