Bagan Pinang: BN kekalkan penguasaan dengan majoriti lebih besar

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad setelah diumumkan menang pada pilihan raya itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. Mohd Isa mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.-Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad setelah diumumkan menang pada pilihan raya itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. Mohd Isa mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.-Foto BERNAMA.

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila calonnya bagi pilihan raya kecil kawasan itu, Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Sementara itu, jumlah undi rosak adalah 223 undi.

Perkara itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, sebentar tadi.

Pilihan raya kecil ini merupakan yang kesembilan sejak pilihan raya umum 8 Mac.

Kemenangan ini merupakan yang kedua bagi BN memenangi pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada April lalu.

Dalam reaksi awalnya, Mohd Isa ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan perkembangan setakat ini yang memihak kepada BN.

"Memang kita yakin akan mendapat sokongan yang baik. Tambahan pula, Perdana Menteri telah jelaskan kenapa saya dipilih untuk mewakili BN dan Umno dan ia disokong oleh Timbalan Perdana Menteri yang berkempen siang dan malam di sini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan ini. Bagi saya, faktor kemenangan setakat ini adalah orang dah yakin semula kepada BN.

"Ini petanda baik bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Ini menunjukkan rakyat dah kembali yakin bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan negara walaupun kita akui ada sedikit masalah tapi ia mampu diselesaikan," katanya.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) sedang mendahului kiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan majoriti 4,747 undi.

Sehingga pukul 7.20 petang tadi, BN yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad memperolehi 6,761 undi manakala PAS yang diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,014 undi.

Jumlah undi itu adalah berdasarkan 15 daripada keseluruhan 19 peti undi yang telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini.

Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil tersebut bagaimanapun dihentikan seketika buat masa ini untuk memberi laluan kepada umat Islam untuk menunaikan fardhu Maghrib dan akan disambung semula pada pukul 8 malam nanti.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan