Umno akan kemaskini senarai keanggotaan parti

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal akan mengambil langkah untuk membersihkan senarai keanggotaan parti dan memastikannya sentiasa dikemas kini sebagai sebahagian usaha untuk menarik lebih banyak golongan muda dan profesional menyertai parti.

Bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis konvokesyen keenam Universiti Kuala Lumpur di sini hari ini, Shafie berkata beliau sedang dalam proses merumuskan kaedah dan pendekatannya tetapi masih belum mengemukakan cadangannya itu kepada Majlis Tertinggi parti untuk dibincangkan.

"Saya sudah memanggil beberapa mesyuarat dan kami masih belum memuktamadkan sesetengah langkah itu. Kami merancang memperkukuhkan (parti) ke peringkat yang dapat meraih lebih sokongan daripada generasi muda dan profesional daripada sektor lain dan industri.

"Mereka ini kumpulan sasaran kami...saya pasti kami mampu meningkatkan jumlah (keanggotaan), dan apa yang penting ialah kualitinya berbanding kuantiti. Kami akan membersihkan (senarai) secepat mungkin, mungkin dalam tempoh kurang setahun dan saya akan umumkan senarai yang telah dikemas kini bila tiba masanya," kata Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya langkah membersihkan dan mengemas kini itu bagi memastikan senarai itu mengandungi anggota parti yang aktif kerana mungkin terdapat nama yang masih berada dalam senarai telah meninggal dunia, berhijrah ke negara lain atau menyertai parti politik lain, sambil menegaskan jumlah mereka yang "keluar parti" masih kecil.

Menurut Shafie, keadaan itu telah menyebabkan salah pengiraan semasa proses pilihan raya kerana di atas kertas, parti dilihat seolaholah boleh menang namun hakikat itu tidak diterjemahkan melalui undi.

Mengenai pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan esok, katanya beliau yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi itu berikutan kawasan itu telah menikmati banyak pembangunan di bawah pentadbiran BN.

"Mereka (pakatan pembangkang) kata di bawah kepimpinan mereka akan membawa lebih banyak pembangunan. Tetapi rakyat sudah melihat dan dapat menilai apa yang telah berlaku di Selangor dan di Pulau Pinang di bawah (pentadbiran) kerajaan mereka.

"(Calon BN) Tan Sri (Mohd) Isa (Abdul) Samad memang orang tempatan dan dikenali. Ramai pengundi tahu bahawa beliau memang telah membuktikan khidmatnya bagi negeri dan juga kawasan tersebut. Saya juga meminta para pengundi supaya jangan takut keluar mengundi walaupun ada pihakpihak tertentu yang cuba menakutkan mereka," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan