Rumah PPR MTEN, DBKL dijual pada harga RM21,500 hingga RM35,000 seunit

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menjual rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit.

Perdana Menteri berkata penjualan rumah itu akan melibatkan keseluruhan 44,146 unit rumah iaitu 29,562 unit PPR MTEN di 20 kawasan dan 14,584 unit PA DBKL di 17 kawasan.

Harga rumah PPR MTEN akan dijual pada harga RM35,000 seunit manakala harga rumah PA DBKL akan dijual antara RM21,500 dan RM35,000 seunit bergantung pada keluasan dan jumlah bilik, katanya.

"Kerajaan tidak menjual rumahrumah ini pada harga pasaran iaitu antara RM80,000 dan RM85,000 tetapi menjualnya pada harga yang mampu dimiliki oleh rakyat biasa berkenaan. "Ini adalah hadiah istimewa (kepada mereka) selari dengan tagline 1Malaysia iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Pada 11 Julai lepas sempena 100 hari saya sebagai Perdana Menteri, saya kata yang saya akan umumkan beberapa hadiah untuk rakyat dan pemilikan rumah ini adalah salah satunya," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan penjualan rumahrumah berkenaan di PPR Kerinchi di sini.

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Ketika mengulas lanjut, Najib berkata susulan daripada pengumuman itu, borang untuk penjualan rumah tersebut akan diedarkan kepada semua penyewa yang layak, mulai Isnin ini.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sudah lama menyewa rumah-rumah berkenaan serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

"Kita jangka pada November atau Disember ini, mereka yang layak akan menerima surat kelulusan atau perjanjian untuk membeli rumahrumah berkenaan," katanya.

Sebagai insentif bagi memastikan setiap unit rumah itu berkeadaan baik sebelum dijual, Najib berkata kerajaan akan memberi rebat untuk kerjakerja pembaikan rumah sebanyak RM2,500 bagi setiap unit rumah PPR MTEN.

Bagi PA DBKL pula, rebat diberi antara RM1,540 hingga RM2,500 seunit bergantung pada keluasan dan jumlah bilik, katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan membantu penyewapenyewa berkenaan mendapatkan pinjaman daripada bank atau institusi-institusi kewangan bagi memudahkan mereka membeli rumahrumah tersebut.

Najib berkata bagi penyewa pangsapuri kos rendah itu yang belum mampu membeli rumah tersebut, kerajaan tidak akan mengarahkan mereka untuk berpindah sebaliknya boleh terus tinggal di rumah berkenaan.

"Mereka akan terus dibenarkan menyewa di rumahrumah berkenaan sehingga mereka mampu untuk membelinya. Ini adalah pertimbangan yang sangat perihatin untuk keutamaan rakyat," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh terus membina bangunanbangunan pencakar langit atau gedunggedung membelibelah yang besar dengan tidak mengambil kira kebajikan rakyat berpendapatan rendah.

"Ini adalah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kita iaitu rakyat biasa (berpendapatan rendah) dapat hidup lega," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan