PERKEMBANGAN EGM MCA HARI INI

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan Mesyuarat Agung Khas (EGM) MCA yang berlangsung di Ibu Pejabat MCA Jln Ampang hari ini:

4.25 petang: Keputusan EGM itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap EGM, Datuk Yik Phooi Hoong.

3.20 petang: Kiraan semula terpaksa dibuat untuk salah satu resolusi kerana terdapat perbezaan undi kurang daripada 1 peratus.

2.30 petang: Speaker berkata jika tidak ada kiraan semula undi, keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh setengah jam lagi.

1.15 petang: Speaker mengumumkan tiga perwakilan yang hadir pada EGM hari ini tidak mengundi. Ini bermakna hanya 2304 daripada 2307 perwakilan yang hadir telah mengundi.

12 tengah hari: Speaker mengumumkan bahawa proses pengiraan undi akan bermula pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, pihak media boleh menyaksikan proses pengiraan undi dilakukan di tingkat 3, (bilik media) Ibu Pejabat MCA.

11.55 pagi: Setiausaha Agung MCA, Wong Foon Meng dan Speaker Datuk Yik Phooi Hong membuang undi sekaligus menandakan berakhirnya proses pengundian. Kotak-kotak undian telah pun ditutup.

11.50 pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong membuat undi masing-masing di Dewan San Choon.

11 pagi: "Hampir 70 peratus daripada 2,307 perwakilan yang hadir telah pun mengundi," kata Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong.

10.30 pagi: Proses pengundian bermula dan keputusannya dijangka akan diketahui pada pukul 2 petang.

Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:

1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong

2) keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.

3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.

10 pagi: EGM MCA bermula di Dewan San Choon.

9.10 pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di Ibu Pejabat MCA.

9 pagi: Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Menara MCA di sini untuk menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu.

8.05: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di Menara MCA Jalan Ampang di sini pada Sabtu.

Dr Chua berkata, beliau akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh perwakilan parti hari ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan