KJ cabar Anwar saman Nallakarupan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan yang mendakwa beliau mempunyai pelbagai sumber kewangan di luar negara.

Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin berkata Anwar perlu menyaman Nallakarupan kerana memfitnah jika beliau menafikan mengenai perkara tersebut.

Katanya lagi, jika Anwar berani bertindak menyaman beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membersihkan namanya, beliau seharusnya menggunakan pendekatan yang serupa terhadap Nallakarupan.

"Tetapi Anwar tidak berani nak saman Nallakarupan sebab Nallakarupan pernah bagi RM60 juta kepada Anwar.

"Nallakarupan merupakan sahabat baik Anwar (dahulu), mereka selalu makan dan main tenis sama-sama," katanya ketika berucap pada program Pentas Pemuda di sini malam semalam.

Nallakarupan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber kewangan seperti yang terkandung dalam akuan berkanun yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Anwar kira-kira 10 tahun lalu.

Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Bagaimanapun menurut Khairy, Anwar tidak berani menyaman Nallakarupan kerana takut semua rahsianya didahkan.

"Anwar tak berani saman kerana takut Nallakarupan akan dedahkan semua rahsia beliau selama ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan