EGM MCA: Kiraan semula undi satu daripada tiga resolusi

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kiraan semula undi terpaksa dibuat untuk salah satu daripada tiga resolusi kerana terdapat perbezaan undi kurang daripada peratus.

Resolusi tersebut ialah ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1 peratus undi daripada jumlah keseluruhannya.

Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.

Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.

Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.

Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini hari ini.

BERITA TERDAHULU

Pengundian berdasarkan tiga resolusi sahaja

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Khas (EGM) MCA telah membuat keputusan untuk mengundi untuk tiga usul yang pertama sahaja.

Ini adalah kerana baki dua usul sebelum ini telah ditolak dan dianggap tidak releven.

Speaker EGM tersebut, Datuk Yik Phooi Hoong mencadangkan perwakilan yang menerima keputusan itu hanya perlu mengangkat tangan masing-masing.

Para perwakilan mesti menunjukkan kad keahlian dan MyKad mereka sebelum mengambil borang mengundi masing-masing.

Mesyuarat Agung Khas MCA baru sahaja bermula. Pendaftaran untuk Mesyuarat Agung Khas (EGM) MCA telah bermula di Dewan San Choon di ibu pejabat MCA hari ini.

Proses pendaftaran itu akan bermula pada pukul 10.30 pagi tadi.

Seramai 2,307 perwakilan pusat parti akan mula mengundi dalam lima resolusi.

Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.

Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.

Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.

Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.

Selepas itu, para penyokong beliau bersorak dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Keputusan dijangka akan diketahui pada pukul 2 petang ini.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.

Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan