DETIK PERHITUNGAN BAGI MCA

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa MCA yang berlangsung hari ini dijangka benar-benar "luar biasa" sebaik sahaja 2,377 perwakilan pusat parti memutuskan siapa yang bakal mereka sokong untuk menerajui parti.

Ia akan menyaksikan sama ada Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat atau timbalan presiden yang digantung keanggotaannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengundur diri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keprihatinannya hari ini dengan berkata bahawa beliau mahu melihat MCA yang kukuh tanpa mengira keputusannya.

Ia mungkin satu pilihan yang sukar bagi para perwakilan, terutamanya berhubung usul undi tidak percaya terhadap Ong atau mengembalikan semula jawatan Dr Chua.

Para penyokong Ong telah berjanji untuk memulihkan semula parti bagi satu budaya politik yang baru sementara penyokong Dr Chua sedang memperkenalkan manifesto 3R: Reject. Reunite. Rejuvenate." semasa berkempen.

Jika para perwakilan memilih untuk mengembalikan semula jawatan Dr Chua, pemerhati politik berkata Ong mungkin mengucapkan selamat tinggal kepada parti.

Pemerhati politik berkata Ong bukan sahaja berharap para perwakilan akan menolak Dr Chua tetapi pada masa yang sama, beliau memerlukan mandat yang kuat untuk menerajui parti.

Tanpa mengira apa jua keputusannya, masa depan parti politik terbesar kaum Cina itu menjadi pertaruhan kerana majoriti pengundi Cina dikatakan tidak menyokong Barisan National (BN) dalam pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Keadaan itu masih belum pulih sejak itu dan ramai yang tertanyatanya jika MCA mampu memperbaiki imej buruk dan mendapatkan semula sokongan kaum Cina.

Dalam mesejnya kepada para perwakilan di saat-saat akhir, Ong menekankan mengenai kepentingan MCA untuk meneruskan agenda perubahannya.

"EGM ini adalah satu peluang untuk membutkikan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia bahawa kita serius untuk mengubah diri kita. Kita boleh memilih laluan yang betul untuk menuju ke era integriti dan kebertanggunjawaban, atau kita boleh membiarkan MCA goyah dan memikirkan kenapa masyarakat hilang kepercayaan terhadap kita.

"Keputusan di tangan anda. Saya yakin bahawa anda akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kebijaksanaan anda," katanya.

Kedua-dua pihak yakin bahawa mereka boleh mendapatkan semula sokongan selepas EGM ini seperti apa yang mereka katakan bahawa " para perwakilan tahu di mana letaknya kepentingan parti".

"Saya percaya para perwakilan akan membuat satu keputusan yang tidak akan menampakkan bahawa pendapat umum satu yang asing dengan MCA dan bertentangan dengan aspirasi rakyat, jika tidak MCA menanggung risiko menjadi parti yang tidak relevan dan tidak berkaitan langsung," kata seorang lagi anggota jawatankuasa pusat parti Gan Peng Sieu.

Katanya semasa pertikaian kepimpinan Neo-Tan (Neo Yee Pan dan Tan Koon Swan), ada dua presiden dan pada akhirnya (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Ghafar Baba dibawa masuk sebagai orang tengah.

"Hari ini parti telah matang sehinggakan para perwakilan perlu memutuskan mengenai masa depan dua personaliti hebat dalam MCA," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan