TPM mahu UM terus kekalkan ranking

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau amat gembira dan berbangga dengan pencapaian Universiti Malaya (UM) yang kini berada pada kedudukan ke-180 universiti terbaik dunia mengikut kajian yang dibuat oleh “Times Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2009".

“Saya sangat berbangga dengan kejayaan mereka (Universiti Malaya) dan salah satu fakta yang menonjol kerana persepsi tentang UM sebagai universiti nombor satu di negara ini.

“UM telah memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan dan saya percaya ini telah diberikan pertimbangan yang lebih utama oleh badan yang membuat penilaian.

“Ini satu contoh baik dan peningkatan yang amat ketara dan kita amat bangga. Tetapi harus diingat ranking ini boleh naik dan turun bukan kekal begitu sahaja,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ranking terbaru UM yang dikeluarkan oleh (THE)-QS.

Semalam akhbar The Star dan mStar Online melaporkan kejayaan UM menempatkan semula Malaysia dalam senarai 200 universiti terbaik dunia oleh (THE)-QS World University Rankings 2009.

Kedudukan UM tahun ini melonjak sebanyak 50 anak tangga ke tangga 180 universiti terbaik dunia.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, universiti yang menjadi sasaran para majikan, yang menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata untuk terus mengekalkan kedudukan ranking tersebut, sudah tentulah pihak universiti perlu meneruskan kajian dan melaksanakan lebih banyak usaha yang dapat memenuhi malah meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran.

“Sudah pasti pihak UM mahu meningkatkan ranking mereka dari tahun ke tahun. Jadi mana-mana kerja yang sudah dibuat akan diteruskan dan kalau boleh lebih banyak usaha akan dilaksanakan ,” katanya.

Ditanya sama ada peruntukan untuk mengadakan penyelidikan di universiti awam lain akan ditambah, Muhyiddin berkata: “Setakat hari ini RM200 juta lebih disediakan oleh pihak kerajaan dan kita akui ini tidak mencukupi.”

“Insya-Allah kita akan lihat dalam RMK-10 dan kalau kita dapat gandingkan sumber-sumber pembiayaan kerajaan dan swasta kita dapat menyediakan dana yang lebih besar dan ini memberi peluang kepada universiti terbabit untuk mendapat dana tambahan,” katanya.

Menurut beliau lagi, jika terdapat universiti awam yang menghasilkan penemuan-penemuan yang ada nilai tambah yang besar maka sudah tentulah universiti tersebut akan lebih berpeluang mendapat peruntukan yang besar.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan