Tiada Siapa Boleh Gerenti Menang, Tapi Masuklah Gelanggang Sebagai Seorang Budiman

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINI hari berkempen semakin menuju ke garisan penamat dan Barisan Nasional (BN) serta PAS masing-masing menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi bagi meraih sokongan pengundi.

Masing-masing saling berbalas 'tembakan' dengan mengetengahkan pelbagai isu tidak kira sama ada isu nasional mahupun bersifat lokaliti.

Seperti yang dijangka, saban hari dalam siri setiap ceramah perdana mahupun kelompok anjuran PAS, mereka menggunakan pendekatan menyerang peribadi lawan sambil disulami dengan memberi tumpuan kepada isu pembangunan tempatan serta pembelaan nasib golongan tentera.

Menyedari lawan mereka daripada BN - Tan Sri Mohd Isa Samad - bukanlah calang-calang orang kerana beliau cukup berpengalaman dalam hal pentadbiran dan pembangunan setempat, PAS menggunakan faktor kredibiliti dan sejarah politik beliau sebagai bahan kempen.

Bagaimanapun setiap isu yang ditimbulkan, Mohd Isa yang merupakan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilihat berjaya menangkis tanpa perlu melatah walaupun strategi PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ini telah dirancang dan diatur dengan begitu teliti.

Satu demi satu isu digali untuk menimbulkan keraguan di kalangan pengundi terhadap kerajaan BN, hingga yang terbaru PAS nampaknya telah mengeluarkan pelurunya yang terakhir iaitu untuk menangguhkan pilihan raya kecil ini.

Bunyinya cukup serius serta alasan yang mereka berikan juga 'berat'.

Sejak beberapa hari lalu, mereka mendakwa terdapat pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga memberikan kata dua kepada suruhanjaya itu.

Kata dua yang dimaksudkan ialah parti itu tidak menolak kemungkinan akan memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ia berikutan dakwaan PAS bahawa mereka mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR di DUN berkenaan.

Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

Bagaimanapun tindakan ini menimbulkan pelbagai persoalan berhubung dua perkara.

Pertamanya sama ada PAS benar-benar peka dan mengambil berat mengenai dakwaan pertindihan nama tersebut hingga kononnya seseorang itu 'boleh' mengundi di dua tempat.

Keduanya adakah isu pertindihan nama berkenaan sengaja dibangkitkan kerana mereka tidak yakin untuk menghadapi pilihan raya DUN Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini lantas menimbulkan isu berkenaan sebagai batu loncatan.

Hujah ini boleh dibahaskan kerana ia menimbulkan keraguan kerana mengapa isu pertindihan nama tersebut dibangkitkan pada hari keenam berkempen sedangkan Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub sendiri mengakui perkara berkenaan sudah di kesan sejak sekian lama dahulu.

"Perkara ini sudah lama kita kesan, sudah lama kita bangkitkan kepada SPR dan ianya bukan sahaja berlaku dalam daftar pemilih DUN Bagan Pinang malah juga tempat-tempat lain.

"Memandangkan ketika ini akan berlakunya pilihan raya kecil bagi DUN ini maka saya fikir adalah sesuai dibangkitkan di sini sekali lagi," kata Salahuddin dalam sidang media kelmarin.

Persoalannya ialah mengapa ia dibangkitkan di sini ketika tempoh berkempen hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum pengundi di Bagan Pinang menunaikan tanggugjawab mereka pada 11 Oktober ini.

Adakah PAS kini berada dalam keadaan menggelabah dan takut untuk menghadapi hari penentuan Ahad ini?

Ataupun PAS kini sedang berkecamuk dan tertekan kerana menyedari calon harapan mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar tidak mampu menghadapi gelombang yang dicetuskan BN?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam respon ringkasnya mengenai cita-cita PAS yang mahu menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyifatkan parti itu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan.

"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.

"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit.

"Dia sengaja minta masa lebih, tapi kita (BN) tak minta lebih, kita ikut undang-undang... yang pasti mereka memang tertekan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau kelmarin.

Hakikatnya sama ada gelabah ataupun tidak, pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tetap akan diteruskan seperti yang dirancang dan bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata hasil penelitian pihaknya berdasarkan maklumat yang dibekalkan PAS, SPR mendapati tidak wujud pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih N31 DUN Bagan Pinang.

Tiada siapa boleh gerenti menang, tapi masuklah gelanggang sebagai seorang budiman...

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan