Samy Vellu gembira ramai hadir rumah terbuka Deepavali di Port Dickson

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau gembira dengan kehadiran lebih 2,000 orang kebanyakannya masyarakat India pada rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu di sini malam tadi.

Ini, katanya, adalah bukti sokongan mereka kepada Barisan Nasional menjelang pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Ahad ini.

Tetamu kehormat rumah terbuka itu yang diadakan di ladang Sua Betong ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia turut dihadiri Menteri Besar Negeri Datuk Seri Mohamad Hassan, calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad dan beberapa pemimpin komponen BN.

Samy Vellu berkata kebanyakan masyarakat India yang hadir itu adalah dari empat buah ladang dalam kawasan Bagan Pinang dan ramai daripada mereka adalah pengundi di situ.

"Kita hargai kehadiran dan sokongan mereka," katanya.

Samy Vellu berkata maklumat balas menunjukkan bahawa masyarakat India telah kembali memberi sokongan kepada BN. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan