Penyebaran SMS jihad cuba ganggu ketenteraman awam di Bagan Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Polis memberi jaminan keselamatan di Bagan Pinang di sini masih di tahap terbaik meskipun ketenteramannya cuba diganggu gugat pihak tidak bertanggungjawab menerusi penyebaran SMS 'Jihad' kepada orang ramai di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman mengesahkan penyebaran SMS yang dikesan pihaknya petang ini yang mempertikaikan tahap keselamatan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, adalah tidak benar.

"SMS itu tentang pergaduhan yang berlaku dalam kempen pilihan raya Bagan Pinang, saya selaku Ketua Polis Daerah Port Dickson ingin menegaskan bahawa semua SMS itu tidak benar sama sekali, kedudukan keselamatan di daerah Port Dickson aman dan terkawal, semua masalah mengenai keselamatan sila berhubung dengan pihak saya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata SMS itu tercetus selepas PAS mendakwa penyokongnya telah dipukul penyokong Barisan Nasional (BN) sehingga seorang daripadanya mengalami kecederaan di kepala.

Bagaimanapun, beliau berkata dakwaan itu tidak benar memandangkan individu yang mengalami kecederaan parah itu yang gambarnya disiar di dalam sebuah laman web parti itu masih belum membuat laporan dan polis belum dapat mengesan mangsa terbabit.

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kelancaran proses pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung 11 Okt ini.

Polis juga sedang menyiasat dalang yang menyebarkan SMS jihad itu dan menyeru agar orang ramai yang menerima SMS itu agar segera melaporkannya kepada polis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan