Pelajar wanita maut selepas terperangkap dalam kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSNAH...Sebuah rumah musnah teruk akibat kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Timah 2, Taman Sri Puteri, Skudai, Johor Bharu awal pagi tadi. Seorang pelajar wanita berumur 21 tahun meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut. Foto THE STAR Oleh: ABDUL RAHMAN EMBONG.
MUSNAH...Sebuah rumah musnah teruk akibat kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Timah 2, Taman Sri Puteri, Skudai, Johor Bharu awal pagi tadi. Seorang pelajar wanita berumur 21 tahun meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut. Foto THE STAR Oleh: ABDUL RAHMAN EMBONG.

JOHOR BAHARU: Seorang pelajar wanita berumur 21 tahun meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Timah 2, Taman Sri Puteri, Skudai, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan berkata Ho Whui Ling yang sedang tidur di bilik atas rumah dua tingkat itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ekoran terhidu asap tebal.

"Polis menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 5.02 pagi, ada tujuh anggota keluarganya yang lain yang berada di dalam rumah termasuk ibu dan bapanya, mereka sempat menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu turut memusnahkan tiga kenderaan milik keluarga itu dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran.

Katanya mayat Ho sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Pegawai Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, C.Kesavan yang dihubungi pula berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 4.53 pagi.

Beliau berkata tiga jentera bersama 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin tiba di tempat kejadian kirakira 15 minit kemudian.

"Api sedang marak ketika bomba tiba di rumah itu, dan ia dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 7 pagi," katanya.

Katanya kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu rumah itu, namun menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan