Letupan tong gas selamatkan dua beranak daripada kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bunyi letupan kuat dari tong gas berjaya menyelamatkan seorang ibu dan anaknya daripada terperangkap dalam rumah kedainya yang hangus sama sekali dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Pantai Cahaya Bulan, dekat sini hari ini.

Aminah Ismail, 40, terselamat apabila dia sempat membawa anaknya, Nor Salinda Mohd Hakim, 2, bergegas keluar dari rumah kedai yang marak tanpa sempat menyelamatkan barangan lain selepas mendengar letupan itu dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi.

Katanya ketika kejadian, suaminya, Mohd Hakim Mohd Zain, 43, tiada di rumah dan keluar bersama dua anak mereka yang lain.

Kedainya itu yang menjual minuman, tidak dibuka hari ini kerana cuti hujung minggu (Jumaat). Keluarga berkenaan mendiami rumah di bahagian atas kedai itu.

Empat kereta Bomba dan Penyelamat bersama 15 anggota diketuai Affandi Mohd Noor, berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dalam masa 10 minit.

Affandi berkata bomba menerima panggilan kecemasan jam 11.32 pagi, bagaimanapun rumah kedai itu hangus sama sekali sebaik pasukan bomba tiba.

Beliau berkata punca dan angka kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan