Katak pun kena seludup

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Selangor merampas kira-kira 4,000 ekor katak hidup yang dibawa masuk ke negara ini menerusi laluan haram menggunakan sebuah bot di perairan Tanjung Harapan di sini, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasinya DSP Marzuki Ismail berkata bot jenis "barter trade" terbabit ditahan pasukannya pada pukul 10 pagi ketika dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari Indonesia.

"Bot kemudian dibawa ke pangkalan untuk pemeriksaan dan hasilnya, sebanyak 27 bakul plastik mengandungi kirakira 4,000 ekor katak bernilai RM4,000 keseluruhannya ditemui disorok di dalam bot dengan ditutupi kain kanvas.

"Ini merupakan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976 dan 1972. Kes akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya kepada pemberita di pangkalan pasukan itu di Pulau Indah di sini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang tekong lelaki berumur 45 tahun untuk disoal siasat, manakala 14 awakawak berumur antara 20 hingga 45 tahun dibebaskan selepas diambil keterangan.

Marzuki berkata siasatan awal mendapati haiwan amfibia itu akan dijual kepada pemilik atau pengusaha ikan Arowana di negara ini sebagai makanan ikan hiasan mewah berkenaan.

"Kita juga percaya katak sebesar ibu jari yang dijual pada harga RM1 seekor itu mendapat permintaan tinggi di negara ini sehingga mereka berani menyeludup haiwan larangan tersebut," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan