Ibu bapa mesti pantau tahap kesihatan anak ambil PMR

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa atau penjaga supaya memantau tahap kesihatan anak-anak mereka yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sedang diadakan di seluruh negara sehingga Selasa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jika pelajar yang mengambil PMR menunjukkan gejala penyakit serupa influenza (ILI), mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

"Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang kesihatan anak masing-masing supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak sekolah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan turut meminta kerjasama petugas-petugas yang mengawasi peperiksaan PMR supaya mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala ILI daripada pelajar yang sihat.

"Pelajar yang mempunyai gejala ILI dikehendaki memakai topeng muka dan hidung bagi mengelak jangkitan kepada pelajar-pelajar lain," katanya. Dr Mohd Ismail juga berkata seramai 98 pesakit baru ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 181 pesakit kes itu telah dibenar keluar hospital hari ini.

Beliau berkata jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 731 orang dengan 40 pesakit merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 40 pesakit Influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak tujuh kes atau 18 peratus sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Menurutnya jumlah kematian akibat H1N1 di negara ini masih kekal 77 orang.

Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak Influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan