Hubungan Malaysia-Indonesia baik, kata Rais

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Hubungan Malaysia dan Indonesia masih baik walaupun terdapat tindakan provokasi segelintir pihak di republik itu untuk mengeruhkan hubungan dua hala kedua negara berjiran itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau juga percaya sentimen itu tidak dikongsi rakyat Malaysia dan Indonesia.

"Ini cuma tindakan pelampau segelintir pihak," kata Rais selepas melancarkan "Karnival Membaca 1Malaysia" di perkarangan Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana di sini petang semalam.

Dr Rais diminta mengulas berhubung memorandum daripada Rakan Facebook Prihatin yang mahu kerajaan menghentikan serta merta program TV dan filem Indonesia di semua stesen TV di negara ini serta menghentikan penyiaran lagu melibatkan artis republik itu.

Memorandum dua muka surat itu dihantar kepada Dr Rais oleh kumpulan itu yang diketuai Ahmad Shaabun, selepas majlis itu di sini semalam.

Ia berikutan tindakan provokasi kumpulan benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mengancam melakukan "sweeping" atau mencari rakyat Malaysia dengan buluh runcing di negara itu selain turut menghina bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Ditanya adakah cadangan itu agak drastik, Dr Rais berkata setiap rakyat berhak untuk menyuarakan sentimen mereka tentang perkara itu, dan dalam konteks memorandum itu, kumpulan terbabit menyuarakan cadangan mereka.

Katanya beliau akan membawa perkara itu kepada perhatian Kabinet minggu depan.

Mengenai Perpustakaan Desa, beliau berkata setakat ini terdapat 1,089 Perpustakaan Desa di seluruh negara dengan kos belanja menguruskannya sebanyak kira-kira RM50 juta setahun.

Katanya di Negeri Sembilan saja terdapat 73 Perpustakaan Desa termasuk 13 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

"Di Bagan Pinang ini terdapat tujuh Perpustakaan Desa yang telah beroperasi. Kebanggaan kita ialah khidmat yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara ini merupakan tonggak kepada tamadun kita pada masa depan menerusi pembacaan.

"Justeru, kementerian akan terus memperjuangkan dan memperbanyakkan lagi bilangan Perpustakaan Desa di negara ini pada masa depan dan satu semakan sedang dilakukan sekarang bagaimana matlamat yang lebih hebat lagi dapat dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar yang turut meliputi Sabah dan Sarawak," katanya.

Terdahulu, Dr Rais hadir di majlis penyerahan komputer kepada enam buah sekolah di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Bagan Pinang di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan