Gegaran di Bukit Tinggi proses penstabilan semula batu-batan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kejadian gegaran yang dilaporkan berlaku di sekitar Bukit Tinggi semalam adalah disebabkan proses penstabilan semula struktur batu-batan di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu iaitu pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terkini iaitu pada 30 September 2009 di Padang, Indonesia dan Bengkulu pada 1 Okt 2009," katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Gempa Bumi Bukit Tinggi di Pejabat Daerah Bentong di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini juga memantau lebih terperinci aktiviti gegaran di kawasan berkenaan termasuk kawasan sekitar dan kawasan Janda Baik, Pahang.

Menurutnya berdasarkan pola kejadian dan sejarah lokasi, pihaknya berpendapat hanya gegaran lemah atau gempa bumi bermagnitud kecil sahaja yang berpotensi berlaku di zon sesar Bukit Tinggi itu.

Turut hadir dalam taklimat itu Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Mohd Tajuddin berkata penduduk yang tinggal di kawasan Bukit Tinggi, Janda Baik dan sekitarnya perlu menyalurkan maklumat segera kepada pihak berwajib sekiranya berdepan situasi mencemaskan apabila berlaku gegaran di kawasan berkenaan.

"Maklumat awal yang diterima membolehkan tindakan yang lebih pantas termasuk menggerakkan pasukan bantuan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Pada kejadian semalam, sebanyak lapan gegaran lemah dikesan dan dilaporkan dirasai berlaku oleh penduduk tempatan di sekitar daerah Bukit Tinggi, Pahang, dari 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan