Tidak wujud pertindihan nama di DUN Bagan Pinang - SPR

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata hasil semakan yang dibuat SPR hari ini mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan PAS.

"Kita beri jaminan setelah semakan dibuat hari ini, tidak wujud penggandaan nama di DUN Bagan Pinang yang akan menghadapi pilihan raya kecil. Ini bermakna kerisauan tidak berbangkit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai uraura PAS yang ingin memohon perintah injunksi bagi menghalang 253 pengundi pos di Bagan Pinang yang mempunyai pertindihan nama di kawasan lain daripada mengundi bagi pilihan raya kecil itu hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahliahli SPR lain di ibu pejabat SPR di sini.

Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, PAS turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih.

Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.

Sementara itu, Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambilkira daripada segi praktikalitinya memandangkan undi pos akan dijalankan hari ini.

"Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata: "Kita belum tahu lagi. Kita tengok suasana dan keadaan. Kita akan bincang apa tindakan selanjutnya." BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan