Pindaan perlembagaan, langkah berani transformasi Umno

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan dasar selaku Presiden Umno pada perhimpunan agung Umno, Khamis depan.

Pada perhimpunan agung 2009 itu juga Umno akan meminda Perlembagaannya, satu usaha membawa transformasi ke arah memperkasa Umno agar terus unggul.

Sebelum ini dilaporkan lebih 80 peratus daripada 191 Umno bahagian bersetuju dengan cadangan pindaan yang dikemuka, dan ia membawa kepada kesimpulan bahawa perhimpunan agung khas itu hanya sekadar formaliti bagi 2,450 perwakilan mengundi sama ada menerima atau menolaknya.

Bagaimanapun sumber dalaman parti berkata ada segelintir yang masih kurang senang dengan cadangan pindaan itu meskipun setelah jawatankuasa induk perlembagaan Umno meneliti semula cadangan tersebut.

"Mereka ini kelompok yang lantang bersuara dan sudah pasti mereka akan menolak saranan supaya pindaan yang dicadang diterima bulat-bulat."

"Kami tidak boleh halang mereka daripada bersuara, tetapi perhimpunan agung khas ini hanya sehari, jadi kalau ada perbahasan pun biarlah dihadkan masanya agar tidak terbawa-bawa sehingga menjejaskan objektif pindaan itu sendiri," katanya.

Menurut sumber itu lagi pembentangan cadangan pindaan perlembagaan akan dibuat selepas penyampaian ucapan dasar Presiden.

"Perwakilan diperuntukkan sepanjang hari tersebut untuk membahaskan cadangan-cadangan yang dibentang sebelum mengundi secara terbuka bagi menentukan sama ada pindaan diterima atau ditolak," katanya.

Antara lain pindaan yang dicadang ialah memansuhkan sistem kuota pencalonan yang diguna pakai Umno sejak hampir 20 tahun selain penetapan "Hari Pemilihan Umno" bagi melibatkan lebih ramai perwakilan akar umbi dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Sememangnya pindaan ini dilihat sebagai langkah berani kepimpinan Najib yang mahu Umno unggul sebagai parti yang demokratik dan dapat mengikis persepsi rasuah yang mengancam kewibawaan parti itu. Seorang pemerhati politik berkata parti tersebut memerlukan transformasi segera agar dapat menangkis persepsi bahawa janji perubahan oleh Najib hanya retorik politik.

"Sudah hampir tujuh bulan Datuk Seri Najib Tun Razak meneraju Umno sebagai Presiden dan sehingga kini parti itu belum melaksanakan langkah yang benar-benar dapat meyakinkan rakyat ia serius mahu berubah," kata Asri Salleh.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara kampus Dungun Terengganu itu berkata sudah tiba masanya bagi Umno menunjukkan kepada rakyat ia tidak akan menjadi parti alternatif kepada pakatan pembangkang.

Katanya ini kerana rakyat pada keseluruhannya masih menaruh keyakinan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sekalipun gabungan itu dilihat masih tercari-cari arah untuk kembali ke pangkal jalan.

Asri juga yakin transformasi dalam Umno selaku parti induk akan mencetuskan kestabilan dalam partiparti komponen utama BN yang pada ketika ini kelihatan agak kucarkacir.

Seorang lagi pemerhati politik Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid pula berpendapat Umno bukan saja mesti melaksanakan perubahan yang dirancang pada masa sekarang tetapi juga harus dilakukan dengan berasaskan prinsip-prinsip yang unggul.

"Apabila berhadapan dengan situasi sebegini perubahan yang dilakukan juga harus berteraskan prinsip yang mencakupi demokrasi, hak asasi dan kepertanggungjawaban pemimpin serta penyokong.

"Perubahan itu juga harus menunjukkan BN serius untuk berubah dan mengekalkan ia sebagai gabungan parti pentadbir yang baik," kata bekas dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak itu.

Pesan bekas pemimpin Umno Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh pula: "Kalau kita insaf Umno ialah parti yang mengamalkan demokrasi dan kita hidup dalam masyarakat demokratik, maka kita perlu akur kepada keputusan suara ramai, iaitu dalam kes ini majoriti suara Umno adalah mahukan perubahan". BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan