PAS dan DAP setuju jaga imej pakatan

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor dan DAP telah bersetuju mengadakan lebih banyak rundingan bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang menimbulkan rasa kurang senang antara semasa mereka demi semangat kata sepakat dalam politik.

Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata kedua-dua pihak itu percaya bahawa bantahan secara terbuka terhadap sebarang keputusan kerajaan negeri akan hanya menjejaskan imej Pakatan secara keseluruhan.

"Kita akan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak berkenaan khususnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu-isu tertentu dan tidak membuat kritikan secara terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS Selangor dan DAP di sini semalam.

Pertemuan itu dilihat sebagai langkah memulihkan hubungan antara pemimpin PAS dan DAP di Selangor selepas kedua-dua pihak saling mengkritik terhadap pelbagai isu.

Hassan berkata isu-isu dan kritikan terhadap penjualan minuman alkohol di Selangor dan tata cara siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) telah diselesaikan secara baik selepas beliau menghadiri beberapa mesyuarat tertutup. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan