Lawatan Najib berhasil, Perancis mahu hubungan dengan Malaysia diperkasakan

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Perancis menyifatkan Malaysia sebagai negara sahabat yang penting dan strategik dan mahu hubungan dua hala diperkasakan sama ada dalam bidang tradisional dan baru selain menyatakan komitmen untuk memberikan bantuan serta sokongan sepenuhnya mengikut keperluan Malaysia.

Hasrat itu dizahirkan hasil lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis yang berakhir Rabu dengan kemuncak kepada lawatan itu ialah pertemuan Najib dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy yang berlangsung di Elysee Palace.

Dalam pertemuan yang digambarkan oleh Najib sebagai amat baik sekali, Sarkozy telah menyatakan minat untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun depan, yang merupakan manifestasi Presiden itu untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara.

"Saya anggap hasilnya (lawatan) luar jangkaan saya terutama apabila Sarkozy menganggap Malaysia sebagai rakan negara yang penting lagi strategik dan keputusan Sarkozy yang spontan untuk melawat Malaysia," katanya dalam sidang media di akhir lawatannya di sini Rabu.

Najib berlepas pulang kira-kira 11.45 malam waktu tempatan (5.45 pagi waktu Malaysia).

Sarkozy juga telah menyatakan persetujuan untuk membenarkan pesawat AirAsia mendarat di Paris apabila permohonan AirAsia diutarakan Najib dalam pertemuan dua pemimpin itu.

Katanya butiran lanjut mengenai hak pendaratan AirAsia di Paris itu akan dibincangkan di peringkat pegawai.

Najib berkata Sarkozy juga menyatakan kesediaan untuk menawarkan teknologi nuklear Perancis kepada Malaysia sekiranya negara berhasrat menjana tenaga nuklear.

Perancis mempunyai kemampuan dari mula hingga akhir dalam aspek penjanaan tenaga nuklear termasuk dalam pelupusan sisa.

Najib bagaimanapun berkata Malaysia masih belum membuat pilihan mengenai penjanaan tenaga nuklear.

"Sebelum buat keputusan besar dan penting kena buat kajian mendalam dan terkini mengenai nuklear," katanya.

Najib berkata pertemuannya dengan Sarkozy turut menyentuh mengenai isu ekonomi dan global.

Dalam pertemuan Najib dan Perdana Menteri Perancis Francois Fillion pada Selasa, antara isu yang dibincangkan ialah kewangan Islam, makanan halal dan memperluaskan hubungan dalam bidang pelancongan, teknologi hijau, pelaburan serta perdagangan.

Selain itu, dalam pertemuannya dengan Menteri Kewangan Perancis Christine Lagarde yang berlangsung Rabu, Najib berkata Lagarde menyatakan minat dengan kemampuan Malaysia dalam kewangan Islam.

Lagarde menganggap Malaysia sebagai negara utama dalam kewangan Islam dan bercadang untuk mendapatkan pengetahuan yang mendalam mengenainya daripada Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Lagarde akan mengadakan lawatan ke Malaysia November ini kerana Perancis berhasrat membangunkan kewangan Islam dan dalam lawatan itu juga, Malaysia dan Perancis akan menandatangani perubahan dalam perjanjian percukaian berganda.

Najib turut mengadakan pertemuan dengan syarikatsyarikat Perancis dalam rangka lawatannya dan syarikat EADS telah menyatakan kesediaan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk semua jenis pesawat Airbus.

"Mereka telah adakan perbincangan dengan syarikat usahasama mereka dan perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Najib menyifatkan hasrat EADS itu sebagai perkembangan positif kerana Malaysia Airlines (MAs) dan AirAsia merupakan pembeli kapal terbang Airbus terbesar terutamanya A320.

Dalam pertemuannya dengan Speaker Parlimen Perancis Bernard Accoyer pula, Accoyar menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan dengan Parlimen Malaysia.

Najib berkata beliau akan menyampaikan hasrat Accoyer itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan