KPT sasarkan 30% atlet negara dari IPT

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke arah menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut perlu dilaksanakan untuk mewujudkan budaya sukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan yang seimbang dan berkualiti dalam pencapaian akademik dan bukan akademik.

“Kita mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet yang ada di negara kita datang dari IPT,” katanya dalam sidang media Skim Kecermelangan, Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) di sini.

Pada 8 September yang lalu, KPT telah melancarkan Dasar Pembagunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).

“Dasar ini akan memberi fokus tujuh kluster iaitu program pembudayaan sukan, pembangunan infrastruktur sukan, pembangunan pusat kecemerlangan sukan, skim kecemerlangan, kebajikan, insentif dan penyelidikan sukan (SKIPS), program pembangunan akademik atlet, program promosi dan jaringan kerjaya dan program pembangunan pengajian sukan di IPT,” katanya.

Menurut Khaled, beberapa IPT di negara ini turut mempunyai fakulti khas yang menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri sukan.

“Melalui program pembangunan sukan kita boleh menyediakan sumber manusia yang boleh menjayakan apa sahaja aktiviti yang ada kaitan dengan bidang sukan. Saya lihat ia merupakan satu dasar yang komprehensif dan menyeluruh,” katanya.

KPT turut menyampaikan geran penyelidikan yang berkaitan dengan bidang sukan dan biasiswa kepada atlet-altet yang berjaya pada tahun ini dan telah diterima masuk ke universti.

Seramai 138 atlet akan menerima biasiswa KPT bernilai RM3 juta manakala 7 orang penyelidik yang telah berjaya membuat kajian penyelidikan tentang sukan akan menerima peruntukan sebanyak RM200,000 bagi kajian masing-masing untuk tahun ini.

Antara atlet yang menerima biasiswa sukan KPT terdiri daripada, Leong Mun Yee (renang), Rossharisham Roslan (terjun), Cheng Chu Sian (memanah), Wan Mohd Khalmizan Ab Aziz (memanah), Nor ain Ibrahim (menembak), Roslinda Samsu (olahraga), Che Chew Chan (taekwando), Elaine Teo Shueh Fhern (taekwando).

Turut menerima, Chai Fong Ying (wushu), Diana Bong Siong Lin (wushu) Muhammad Zaiful Zainal Abidin (olahraga), Muhamad Zafril Mohd Zuslaini (olahraga), Muhamad Herwan Pami (hoki), Nabil Fiqri Mohd Noor (hoki), Siti Sarah Nurfarahah Ismail (hoki), Intan Nurairah Ismail (hoki), Chitra Dewi Arumugam (hoki) Zatil Iman Abdul Gani (tenpin boling), Muhamad Shafiq Ridhuan Abdul Malek (tenpin boling) dan Yong Shin Min (bola keranjang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan