Jawatankuasa khas pantau kuil hindu dibentuk

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu Jawatankuasa Bertindak Kuil-Kuil Hindu ditubuhkan hari ini bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan kuil Hindu dan amalan ibadat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan berkata jawatankuasa khas itu dianggotai oleh 12 anggota terdiri daripada PertubuhanPertubuhan Hindu dengan kerjasama Yayasan Kemajuan India Wilayah Persekutuan.

"Penubuhan jawatankuasa khas ini ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah pembinaan kuilkuil Hindu serta mencantumkan kuilkuil kecil yang telah dibina di sekitar KL sebelum ini", katanya ketika ditemui pada perjumpaan khas bersama anggota PertubuhanPertubuhan Hindu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini.

Antara yang menganggotai jawatankuasa berkenaan termasuk Hindu Sevai Sanggam, Hindu Sanggam, Pertubuhan Belia Hindu dan Belia India Malaysia (BIMA), yang akan menentukan pucuk pimpinan pada mesyuarat akan datang.

Selain itu, katanya, jawatankuasa berkenaan juga akan memantau pembinaan kuil-kuil Hindu serta mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk mendirikan rumah ibadat terbabit. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan