Belanjawan 2010 mantapkan ekonomi negara

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Tumpuan utama Bajet 2010 pada 23 Oktober ini ialah untuk memantapkan ekonomi negara yang kini dalam proses pemulihan, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata kerajaan perlu menyediakan perbelanjaan negara yang lebih berhemah berasaskan sumber kewangan yang lebih kukuh.

"Sumber hasil negara akan diperkukuh supaya bantuan kepada rakyat diteruskan," katanya kepada pemberita pada majlis Penyampaian Bantuan Ehsan Mangsa Ribut Peringkat Parlimen Bachok, di sini, hari ini.

Kerajaan pusat meluluskan peruntukan lebih RM320,000 untuk membantu 573 mangsa ribut di jajahan berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi jaminan bajet itu bakal memberi manfaat kepada semua pihak bagi menikmati hasil kemakmuran negara.

Ini katanya termasuk negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.

Awang Adek bagaimanapun berkata negerinegeri berkenaan tidak seharusnya bergantung kepada penyaluran wang daripada kerajaan pusat sematamata untuk memajukan negeri masingmasing, sebaliknya perlu bijak berusaha sendiri, terutama mencari pelaburan dari luar negara.

Beliau mendakwa Kelantan mundur disebabkan negeri itu tidak berusaha bersungguhsungguh untuk menarik pelaburan asing bagi menjana ekonomi negeri dan menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat.

Awang Adek mengulas dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Kelantan mundur disebabkan kerajaan pusat tidak menyalurkan peruntukan menerusi kerajaan negeri tetapi melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Beliau berkata kerajaan pusat tidak mungkin menyalurkan peruntukan menerusi kerajaan negeri itu yang hanya mampu mengurus kewangan antara RM500 dan RM600 juta setahun bagi projek-projek pembangunan dan pengurusan.

Sebaliknya, kerajaan pusat menerusi dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan, berbelanja lebih RM2 bilion untuk Kelantan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan