A(H1N1): Tiada kematian untuk tiga minggu berturut-turut

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada laporan kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) dilaporkan untuk tempoh minggu ketiga berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 228 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa Influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital di seluruh negara rawatan manakala 183 kes didiscaj hari ini.

Jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 814 orang dengan 34 pesakit disahkan kes H1N1. "Sebanyak 11 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara dua kes telah didiscaj hari ini dan sehingga kini tiada kematian dilaporkan dengan jumlah kematian kekal pada 77 kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, kes deman denggi meningkat sebanyak 247 kes kepada 585 dari 27 Sept hingga 3 Oktober dengan peningkatan ketara di lima negeri, iaitu Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Terengganu tetapi tiada kematian dilaporkan.

Dr Mohd Ismail berkata jumlah terkumpul bagi kes denggi setakat ini ialah sebanyak 32,008 kes berbanding 34,522 kes pada waktu sama tahun lepas.

Jumlah kematian setakat tahun ini ialah 71 kes manakala angka untuk seluruh tahun 2008 ialah 75.

"Daripada 585 kes denggi yang dilaporkan pada minggu lepas, sembilan kes berlaku di lokaliti yang berada di kawasan panas.

"Adalah mengecewakan apabila 47 peratus daripada lokaliti itu masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan ini menyumbang kepada berlakunya jangkitan demam denggi di kawasan tersebut," katanya.

Bagi kes Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata terdapat peningkatan sebanyak 47 kes minggu ini berbanding 26 kes yang dilapor minggu sebelumnya, juga tanpa kematian.

Sarawak menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 42 kes daripada keseluruhan kes di negara ini pada minggu lepas.

"Bagaimanapun tiada kematian akibat penyakit tersebut dilaporkan sehingga kini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan