Umat Islam perlu pertahan agama elak terus dipermainkan, kata Rais

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti bangkit dan menyatakan pendirian mereka demi menjaga imej agama itu daripada terus dipermainkan oleh pihak tertentu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata tindakan pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang yang menggunakan ayat suci al-Quran dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, dilihat sudah sampai ke tahap maksimum.

"Kita sebagai orang Islam mesti bangkit menyuarakan perkara ini bahawa penyelewengan ini sudah sampai ke tahap maksimum, cukuplah mereka memperdayakan masyarakat dengan menyalahgunakan agama dan kita mesti bangkit menyatakan yang benar," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan pameran 'Syed Ahmad Jamal : Pelukis' di Balai Seni Lukis Negara di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan membaca ayat suci al-Quran di atas pentas PAS bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menggesa rakyat agar menolak PAS.

"Kita tolak PAS, PAS tumpulah kepada Kelantan sahaja, biar mereka di Negeri Sembilan buat kerja mereka mengikut lunas adat perpatih yang diamalkan di kawasan itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan