PAS dalam keadaan tertekan?

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menang sehingga mahu menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini.

Beliau berkata PAS sengaja mencetuskan isu kononnya mereka tidak berpuas hati dengan beberapa beberapa isu yang berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.

"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau di sini hari ini.

Hari ini PAS memberikan kata dua kepada SPR bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan akan memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kata dua yang diberikan itu berikutan dakwaan mereka bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR di DUN berkenaan.

Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

Tambah Muhyiddin lagi pembangkang tahu mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk meraih undi.

"Dia sengaja minta masa lebih, tapi kita tak minta lebih, kita ikut undang-undang... yang pasti mereka memang tertekan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan