Mohd Isa ‘lepas bom’ pada Salahuddin, tak kisah kehadiran Anwar

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad 'melepaskan bom' kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob supaya menumpukan perhatian kepada pembangunan di kawasan beliau sendiri daripada terus mempersoalkan pembangunan di Teluk Kemang.

Beliau juga tidak kisah dengan kehadiran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sini.

Dalam hal Salahuddin, Mohd Isa berkata, rakyat boleh menilai bagaimana bandar Port Dickson pesat membangun jika hendak dibandingkan di Kelantan.

"Dia sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian apa dia buat? Kesian... lebih baik tumpu di sana, tak usah nak ajar saya untuk uruskan di sini, saya dah uruskan cukup lama dah," katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Rumah Komuniti Teluk Kemang di sini semalam.

Mohd Isa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Salahuddin yang menggelar beliau sebagai 'ikon pembangunan palsu' bagi merujuk kepada beberapa projek terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai tuduhan itu, Mohd Isa berkata, pemimpin palsu yang sebenarnya ialah Salahuddin sendiri kerana mengabaikan pembangunan di kawasannya sendiri.

"Nak gelar apa pun tak apalah... yang penting Teluk Kemang lebih maju daripada Kubang Kerian.

"Yang palsu dialah. Dia pemimpin palsu yang tak membangunkan Kubang Kerian," kata Mohd Isa.

Dalam pada itu kehadiran Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkempen sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad.

Malah katanya beliau tidak mengendahkan mengenai perkara tersebut sebaliknya akan terus berkempen menemui seramai mungkin pengundi di Bagan Pinang.

"Terserah kepada dia kalau nak datang... bukan ada masalah sangat dia nak datang berkempen," katanya ketika ditemui ketika berkempen di Teluk Kemang semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai strategi kempen yang digunakan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa Anwar berkempen di Bagan Pinang dalam masa tiga hari lagi.

Bagaimanapun bagi Mohd Isa kehadiran Anwar tidak akan menggugat sokongan pengundi terhadap BN kerana rakyat sudah mengenali sikap dan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Terpulang kepada dia, tak ada masalah bagi saya, pemimpin kita datang juga.

"Saya fikir itu hak dia (untuk datang)... tak apalah, kita tengoklah nanti siapa yang rakyat pilih," katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai sokongan pengundi di Bagan Pinang terhadapnya setelah empat hari berkempen, Mohd Isa berkata beliau yakin mendapat sokongan oleh penduduk setempat.

"Alhamdulillah sokongan nampak bagus, insyaAllah saya yakin dapat tingkatkan majoriti," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Mohd Isa ditentang oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan