Makkal Sakti lihat perubahan dalam kerajaan terhadap kaum India

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Makkal Sakti Malaysia, bakal dilancarkan Sabtu ini, yakin akan mendapat sokongan kaum India dan melihat ada masa depan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya Pembangkang.

Pengasas dan presiden kebangsaan parti R.S.Thanenthirran berkata parti berusia tiga bulan itu telah berjaya menarik 50,000 keanggotaan dan meramalkan akan mencecah 100,000 menjelang akhir tahun berdasarkan sentimen di kalangan akar umbi.

"Kami percaya dengan bekerjasama rapat dengan kerajaan sedia ada, ia akan membawa faedah lebih besar kepada kaum ini," katanya kepada Bernama dalam temubual di ibu pejabat parti.

Thanenthirran menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan, DAP dan PAS, menyatakan pakatan itu telah gagal dalam menyelesaikan masalah kaum India di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor, dan memberikan kes isu Kampung Buah Pala sebagai buktinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan parti itu di Taman Ekspo Agro Malaysia di Serdang yang akan dihadiri 5,000 anggota.

Thanenthirran menafikan kerajaan berada di belakang penubuhan parti itu dan kononnya sebab itulah Perdana Menteri dijemput untuk melancarkannya.

"Kami menjemput beliau atas kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau adalah Perdana Menteri kepada semua orang dan bukan hanya bagi anggota BN, kami berasa amat tersentuh dan berbesar hati dengan kesudian beliau (untuk melancarkan parti)," katanya.

Makkal Sakti, katanya maklum dengan respons Najib terhadap masalah masyarakat India sejak mengambil alih jawatan pemimpin nombor satu negara dan jika kerajaan ikhlas untuk membantu kaum India, parti akan bekerjasama dengan kerajaan.

"Saya dapat lihat perubahan (yang dibawa oleh Najib) dalam sistem...perubahan yang nyata dan amat bermakna demi kebaikan masyarakat India dan rakyat," katanya.

Najib telah menangani isu yang dihadapi masyarakat India yang telah dibangkitkan oleh Makkal Sakti seperti peruntukan tanah bagi sekolah Tamil di Lukut, memproses permohonan kewarganegaraan yang lama tertangguh dan pembiayaan sekolah Tamil.

Perdana Menteri juga mengambil langkah meningkatkan pegangan ekuiti kaum India dalam unitunit amanah dan penyertaan dalam perkhidmatan awam, pembangunan pendidikan dan sosial.

"Beliau serius, ikhlas dan sensitif untuk menyelesaikan isu masyarakat India...beliau tidak lepas tangan terhadap isu berkenaan tetapi berusaha untuk menyelesaikannya dan memastikan hasilnya," kata Thanenthirran.

Tetapi buat masa ini, parti belum berhasrat untuk mendapatkan tempat dalam BN, walaupun akan mempertimbangkannya jika dijemput berbuat demikian, kerana parti mahu menumpukan untuk memperkukuhkan kedudukannya.

"Tidak terlintas di fikiran kami pada ketika ini, tugas paling penting yang menanti kami ialah untuk memenangi dan mendapatkan sokongan masyarakat India. Kami serahkan kepada partiparti politik untuk menilai kekuatan dan khidmat kami kepada rakyat," katanya.

Thanenthirran mungkin baru dalam arena politik tetapi menurutnya beliau rapat dengan golongan akar umbi sejak menjadi koordinator kebangsaan dengan kumpulan aktivis Hindraf yang telah diharamkan, apabila pergi ke serata pelosok negara selama 514 hari.

Di samping itu, beliau mempunyai pengalaman berkhidmat untuk masyarakat selama 20 tahun selaku bendahari Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Hindu.

Thanenthirran, anak kelahiran estet dari Kedah, berkata beliau mengusahakan penubuhan Makkal Sakthi berikutan perlu mempunyai platform yang kukuh untuk berkhidmat kepada masyarakat India.

"Kami tidak menganggap diri kami sebagai pemimpin tetapi sebagai orang yang berkhidmat kepada rakyat. Ini bukan parti milik satu orang atau hanya seorang yang berperanan. Semua keputusan dibuat secara kolektif. Terdapat ruang yang mencukupi bagi demokrasi," katanya ketika ditanya bagaimana beliau membezakan Makkal Sakti daripada parti kaum India yang lain di negara ini.

Parti baru ini tidak ada kaitan dengan MIC atau parti kaum India yang lain, tegasnya.

"Biar mereka buat kerja mereka dan kami buat kerja kami. Biar rakyat sendiri menghakiminya," kata ahli perniagaan berusia 47 tahun itu.

Tanpa mendedahkan sebarang nama, beliau mendakwa beberapa pemimpin partiparti kaum India telah membayangkan yang mereka mahu menyertai Makkal Sakti.

Mereka dialu-alukan, katanya, selagi mereka menyokong perjuangan parti untuk kebaikan rakyat dan mahu mewujudkan lebih kesedaran politik mengenai hak mereka dan membawa mereka bersama-sama dalam pembangunan arus perdana negara.

Parti itu juga memperjuangkan ketelusan, kebolehpercayaan, integriti, kebenaran dan "dharma" (keadilan).

Beliau berkata separuh daripada 33 anggota jawatankuasa pusat parti adalah daripada kumpulan profesional seperti pakat IT, ahli perniagaan, peguam dan tokoh korporat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan