Keputusan saman fitnah ayah terhadap Nasha Aziz Jumaat ini

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan saman fitnah Abdul Aziz Mohd Ali terhadap anak perempuannya, Nasha Aziz yang juga aktres dan model.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Abdul Aziz untuk menangguhkan perbicaraan saman fitnah.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail berkata tidak wujud apa-apa keadaan istimewa untuk menangguhkan perbicaraan itu dan memerintah perbicaraan diteruskan hari ini.

Abdul Aziz Mohd Ali, 61, yang merupakan seorang guru silat menyaman Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz berhubung satu artikel dalam suratkhabar Mingguan Malaysia.

Nasha dalam artikel tersebut mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.

Abdul Aziz berkata, dia ialah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan-perkataan fitnah dalam artikel bertajuk, "Jangan tanya hal peribadi"

keluaran 24 November 2004 itu telah menyebabkan dia menderita, berasa malu dan menjejaskan reputasinya.

Abdul Aziz menuntut ganti rugi am dan tambahan, kadar faedah, kos dan lain-lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah. Abdul Aziz mendakwa artikel itu menggambarkan dia telah meninggal dunia.

Dalam kenyataan pembelaan, Nasha berkata istilah bapa dalam artikel suratkhabar itu merujuk kepada pakcik yang membesarkannya. Aktres itu tidak menafikan Aziz ialah bapa kandungnya.

Bagaimanapun, Nasha menganggap pakciknya sebagai 'bapa'.

Mac lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof menolak dengan kos saman Abdul Aziz terhadap pencetak dan penerbtUtusan Melayu dan wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan