Kabinet arah JPT selaras proses pendaftaran semula pelajar Malaysia di Padang

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini telah mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya menyelaras proses pendaftaran semula pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Andalas (Unand), Padang, Indonesia yang terjejas teruk akibat gempa bumi minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pegawai daripada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) sudah pun berlepas ke Padang untuk mengumpul data dan profil kesemua 323 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti tersebut sebelum proses pemindahan kredit dan pertukaran universiti boleh dibuat untuk mereka menyambung semula pengajian masing-masing.

Katanya, proses pemindahan kredit dan pertukaran universiti itu bergantung sepenuhnya kepada maklumat penuntut yang hanya boleh diberikan oleh Unand.

Kesemua maklumat itu mencakupi jumlah gred pelajar, tahap pengajian, jenis kursus, prestasi, dan beberapa maklumat penting yang perlu ada untuk kedua-dua proses berkenaan dilakukan, kata beliau.

“Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) memerlukan sedikit masa untuk melakukan proses pengumpulan ini kerana latar belakang pelajar yang pelbagai dan pasukan kita daripada JPT telah pun berada di Padang untuk mencari kesemua maklumat yang diperlukan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai status 323 penuntut Malaysia di Unand selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini pada Rabu.

Unand, merupakan sebuah unverisiti yang mengkhusus dalam bidang perubatan terletak di Padang, Indonesia. Universiti ini terjejas teruk akibat gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat minggu lalu.

Universiti ini juga menempatkan 324 penuntut Malaysia. Hanya seorang pelajar Malaysia yang memutuskan untuk terus menetap di sana bagi menyambung pengajiannya, kata Khaled lagi.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Khaled berkata, pasukan JPT akan turut menilai kewajaran untuk kesemua penuntut berkenaan menyambung kembali pengajian mereka di Unand atau berpindah ke universiti lain, sama ada di Indonesia atau Malaysia.

"Mereka akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Unand untuk melihat bagaimana masalah penyambungan pengajian pelajar-pelajar ini dapat diselesaikan, sama ada mereka terus belajar di Unand atau di universiti lain di Indonesia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

"Kementerian juga sedang berbincang dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini dan beberapa IPTS telah menyatakan kesanggupan untuk menerima pelajar-pelajar Unand

“Namun seperti proses kemasukan biasa, mereka perlu menjalani temuduga dan ia turut tertakluk kepada syarat kelayakan pelajar berkenaan dan juga kekosongan tempat,” kata Khaled.

Bagaimanapun, Khaled menambah, keputusan akhir mengenai isu tersebut terletak di tangan para penuntut itu sendiri sama ada mereka mahu meneruskan pengajian di Unand atau sebaliknya.

"Seperti yang kita ketahui, biaya kursus perubatan di IPTS lebih mahal di Malaysia, justeru terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khaled berkata kerajaan juga telah bersetuju menyalurkan sebahagian daripada sumbangan dan derma yang diwujudkan untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang kepada para pelajar Malaysia di Unand bagi meringkan beban mereka.

“Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan yang berpatutan kepada pelajar Malaysia yang membiayai sendiri pengajian mereka di Padang bagi membantu mereka kerana yuran pengajian dalam bidang perubatan sangat mahal.

“Bagi pelajar yang mempunyai penaja, sumbangan mungkin boleh dibayar melalui penaja masing-masing ,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan