Bekas tentera dinasihat tukar status kepada pengundi biasa

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Semua anggota tentera yang tamat perkhidmatan dinasihatkan menukar status daripada pengundi pos kepada pengundi biasa.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan. "Adalah suatu yang merugikan jika mereka tidak mendaftar sebagai pengundi biasa kerana mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhammad juga meminta semua bekas tentera yang layak mengundi di Bagan Pinang supaya datang mengundi pada pilihan raya kecil di situ pada Ahad ini.

"Peluang ini tidak harus dilepaskan begitu saja dalam menentukan wakil rakyat mereka," katanya.

Muhammad juga menyeru semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi membela nasib mereka.

"Banyak peluang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera melalui PBTM, Perhebat, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Yayasan Warisan Perajurit dan sebagainya. Mereka bagaimanapun didapati tidak mengambil peluang ini.

"Jika sekiranya mereka bermasalah, beri tahu pada kita dan kita sedia untuk membantu sebaik mungkin," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan