Bayi patah tangan bukan disebabkan kecuaian hospital : Pengarah HSAH

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Insiden seorang bayi patah tangan kirinya ketika dilahirkan di Wad Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani pada 14 Sept lepas bukan disebabkan kecuaian petugas hospital tetapi adalah akibat komplikasi ketika kelahiran, kata Pengarah HSAH Dr Harif Fadzilah Che Hashim.

Katanya Jawatankuasa Penyiasatan Aduan HSAH telah mendapati kelahiran bayi kepada Faezah Ibrahim itu telah dikendalikan sendiri oleh seorang pakar perbidanan dan sakit puan HSAH dan tiada kecuaian dalam pengendalian dan rawatan kepada Faezah dan bayinya.

"Semasa proses kelahiran Faezah mengalami kesukaran bayi akibat bayi mengalami 'shoulder dystocia' iaitu suatu keadaan di mana bahu bayi tersekat semasa proses kelahiran," katanya.

Dr Harif Fadzilah diminta mengulas dakwaan Faezah, 28, kononnya tangan bayinya patah ketika dilahirkan akibat kecuaian hospital.

Dr Harif Fadzilah berkata, dalam keadaan yang sangat kritikal, pakar berkenaan terpaksa mengambil langkah kecemasan untuk mengeluarkan bayi itu kerana jika tidak berbuat demikian, bayi itu akan mengalami kecacatan otak atau mungkin meninggal dunia akibat kelemasan dalam rahim.

"Kecederaan pada tulang tangan bayi itu tidak disengajakan dan bayi itu mempunyai harapan untuk sembuh dalam satu jangka masa tertentu," katanya.

Dr Harif Fadzilah berkata rawatan susulan oleh pakar kanakkanak dan pakar ortopedik termasuk rawatan fisioterapi telah diberikan dan pihak hospital juga telah menjelaskan kepada Faezah dan suaminya mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Dua hari lepas, Faezah mendakwa bahawa selepas melahirkan anak keduanya itu, seorang doktor memaklumkan kepada beliau bahawa tangan kiri bayi yang dilahirkan itu telah patah ketika dikeluarkan dan memintanya supaya tidak membuat sebarang aduan.

Suami beliau, Mohamad Shah Al Fandi Md Yusof, 28, seorang pekerja kampung, sebelum ini berkata mereka bercadang mengambil tindakan undangundang terhadap Hospital Sultan Abdul Halim kerana kecuaian yang menyebabkan anaknya menderita kesakitan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan