Agong serah watikah pelantikan kepada Duta Negara - Berita Semasa | mStar

Agong serah watikah pelantikan kepada Duta Negara

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyerahkan watikah perlatikan kepada Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Mohd Som di Istana Negara di sini, hari ini. Shaharuddin, 56, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Protokol di Kementerian Luar. Turut menerima watikah daripada baginda ialah K Sudha Devi, 49, dan Datuk Anwar Adnan, 52. --Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada dua orang Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru.

Mereka ialah Datuk Shaharuddin Mohd Som, K.Sudha Devi dan Datuk Ahmad Anwar Adnan. Upacara tersebut diadakan di Istana Negara di sini.

Shaharuddin, 56, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Protokol di Kementerian Luar akan berkhidmat sebagai Duta Besar ke Jepun.

Sudha Devi, 49, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah bahagian direktorat Hubungan Luar di Kementerian Luar pula akan berkhidmat sebagai Duta Besar ke Brazil.

Ahmad Anwar, 52, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Pakistan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan