Tidak ada sebab pertikai pelaksanaan hukum syariah - Azizan - Berita Semasa | mStar

Tidak ada sebab pertikai pelaksanaan hukum syariah - Azizan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Syariah di negara ini memandangkan Islam adalah agama rasmi dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai.

"Kenapa nak pertikai undangundang yang dah ada? Saja nak cari publisiti, buang masa, nak bagi orang sakit hati dan nak buat suasana jadi tidak stabil," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan watikah pelantikan anggota Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri di sini hari ini.

Azizan mengulas tindakan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) yang menyifatkan hukuman sebat tehadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang, pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Terdahulu, dalam ucapannya, Azizan berkata, komposisi ahliahli lembaga rayuan berkenaan, yang dipilih oleh kerajaan negeri, telah dipersetujui oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lembaga Rayuan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri ditubuhkan pada 2000 untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan pihak perancang tempatan dan menimbangkan kes-kes seperti rayuan terhadap amaun pampasan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan