Syarat baru untuk ahli Umno ganti sistem kuota

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Satu syarat baru akan dibuat bagi memastikan jawatan tertinggi di dalam Umno berada di tahap yang dihormati selepas ketiadaan sistem pencalonan, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak bimbang dengan penghapusan sistem kuota itu cuma parti tidak mahu membuka peluang yang terlalu luas sehinggakan institusi jawatan itu boleh dipermain-mainkan oleh pihakpihak tertentu.

"Kita tak nak, seorang yang bukan ahli Umno, besok mendaftar dan kerana tidak ada pencalonan, hari ini jadi ahli Umno besok bertanding Presiden, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Usul dan Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan untuk perhimpunan agung Umno yang akan datang di sini hari ini.

Hishammuddin berkata mesyuarat itu membincangkan pengenalan satu syarat minimum untuk anggotaanggota baru dan ia akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas semasa Perhimpunan Agung itu nanti.

"Kita nak kemaskini sedikit kerana ada pandangan di bawah bahawa kita tidak mahu membenarkan sesiapa sahaja menawarkan diri dan pada bilabila masa sampai, baru jadi ahli boleh mencabar jawatanjawatan yang tertinggi dalam parti," katanya.

Katanya, ini semua merupakan petanda kepada tindakan awal untuk bergerak ke arah transformasi dan usaha serius untuk membawa perubahan mengikut kehendak ramai berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas.

Mengenai mesyuarat hari ini, Hishammuddin memberitahu, di antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai usul ucapan dasar Presiden parti dan pada tahun ini tidak ada usul lain lagi yang akan dibawa.

"Perkara kedua adalah berhubungkait dengan pindaan perlembagaan di mana kita telah pun bersetuju dan apa yang kita hendak bawa merupakan satu perkara yang begitu bersejarah, ianya mestilah mudah untuk semua fahami," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan