PMR: Calon jalani pemeriksaan suhu badan sebelum duduki peperiksaan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan menduduki peperiksaan itu di seluruh negara mulai esok, perlu terlebih dahulu menjalani pemeriksaan suhu badan sebagai langkah mengelak penularan wabak Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pemeriksaan itu merupakan langkah sama yang diambil ke atas calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lepas.

"Mana-mana pelajar yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.8 darjah Celcius akan mengambil peperiksaan di bilik peperiksaan berasingan, juga seperti yang kita wujudkan di setiap pusat peperiksaan UPSR yang lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Katanya kementerian membekalkan termometer, pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut untuk diagihkan kepada setiap calon di 3,496 pusat peperiksaan PMR di seluruh negara.

"Namun, pemakaian penutup hidung dan mulut ini tidak diwajibkan dan calon dibenarkan untuk membuka penutup hidung dan mulut itu jika tidak selesa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Datuk Dr Salbiah Ismail berkata sehingga petang ini, Bilik Gerakan PMR Lembaga Peperiksaan tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa yang ingin memaklumkan anak mereka yang sakit atau mempunyai simptom Influenza A (H1N1) dan perlu mengambil peperiksaan di hospital.

"Kita juga masih tidak menerima sebarang laporan daripada Jabatan Pelajaran Negeri mengenai calon yang sakit dan perlu dikuarantin di hospital.

"Namun kita tetap memastikan bilik gerakan di setiap negeri sentiasa mengambil langkah berjagajaga jika ada ibu bapa yang memaklumkan anak mereka yang sakit," katanya kepada Bernama.

Menurutnya sebarang aduan mengenai calon yang sakit dan mempunyai gejala Influenza A (H1N1) perlu dimaklumkan segera ke Bilik Gerakan PMR Lembaga Peperiksaan bagi tujuan persediaan awal termasuk menambah petugas yang perlu bagi mengawasi calon berkenaan di hospital.

Beliau berkata Bilik Gerakan PMR yang beroperasi 24 jam di Lembaga Peperiksaan dibuka sejak 1 Sept lepas dan boleh dihubungi melalui nombor 03-88893601/03-88893809/0388893582/03-88893520/03-88893551/03-88893030/03-888930 95 atau faks ke 03-88893010/03-88895561/03-88893445.

Calon-calon PMR itu akan menduduki peperiksaan bertulis sehingga 13 Oktober ini. Daripada jumlah itu, 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).

Selangor merupakan negeri mempunyai calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah paling sedikit iaitu 1,154 orang.

Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di seluruh negara dan bagi memastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang ditetapkan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan