Pelajar IPTA kempen pilihan raya harus berani tanggung dikenakan tindakan disiplin

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didapati terlibat dengan sebarang kempen politik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang.

Katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

AUKU yang dipinda pada awal tahun ini memberi kelonggaran kepada para pelajar untuk menjemput mana-mana pemimpin parti politik mengambil bahagian dalam mana-mana program intelektual yang dianjurkan oleh badan mahasiswa di universiti tetapi masih tidak membenarkan para pelajar IPTA terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana parti politik mahupun menyertai sebarang aktiviti politik.

“Semua orang tahu saya adalah seorang yang tidak pernah kompromi dengan undang-undang,” kata Khaled kepada para pemberita di sini Selasa. Sebelum itu beliau telah merasmikan Dialog Industri Kebangsaan 2009 di PICC di sini.

Mengenai isu bantahan e-undi yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Khaled berkata, tindakan itu hanyalah satu mainan politik murahan.

Kumpulan tersebut membantah sistem pengundian berkomputer pada pilihan raya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, kumpulan pelajar berkenaan telah ke kawasan pilihan raya itu sejak hari penamaan calon Sabtu lalu bagi menunjukkan bantahan ke atas pelaksanaan e-undi di beberapa buah IPTA pada sesi pemilihan terbaru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Bercakap dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Khaled menyamakan tindakan SMM itu dengan sikap parti pembangkang.

“Mereka ini sama saja macam pembangkang. (Mereka kata) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil. Bila dia menang, dapat kerajaan, tidak ada pula dia bising sama ada SPR adil atau tidak.

Tegasnya, bantahan terhadap penggunaan e-undi tersebut juga tidak selari dengan perkembangan zaman dan teknologi kerana banyak negara lain seperti Amerika Syarikat turut menggunakan sistem sedemikian.

“Saya ingat banyak negara pakai e-undi. Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat juga pakai e-undi.

“Kita cakap mengenai zaman teknologi ICT, kemudian satu kumpulan pelajar yang sepatutnya berpendidikan tinggi dan selari dengan zamannya tidak percaya dengan penggunaan ICT bagi memilih wakil mereka. Saya rasa ini hanya permainan politik," katanya.

Sementara itu, Khaled menjelaskan, pilihan raya kampus di seluruh negara akan bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan