Operasi mencari dan menyelamat sukar, dua mayat dikeluarkan - Berita Semasa | mStar

Operasi mencari dan menyelamat sukar, dua mayat dikeluarkan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG: Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian gempa bumi di Kampung Lubuklaweh, Kecamatan Patamuan, Padang Pariaman, semalam mengalami kesukaran akibat struktur tanah yang boleh menyebabkan runtuhan tanah sekali lagi.

Pasukan operasi itu turut mengalami kesukaran dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan mayat yang tertimbus berikutan kedalaman tanah kira-kira 30 meter.

Ketua Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) Kpt Mohd Halimi Taib berkata laluan ke kampung itu turut tersekat akibat jalannya ditimbuni tanah selain rekahan yang dikuathiri akan mengakibatkan tanah runtuh sekali lagi.

"Kami juga terpaksa berjalan hampir sejam untuk memasuki kawasan bencana yang terletak di kawasan berbukit ini termasuk melalui tiga jam perjalanan dari Kota Padang," katanya. Beliau berkata pasukannya itu berjaya menemui dan mengeluarkan dua mayat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh selepas gempa bumi kuat melanda kawasan itu.

"Mangsa ialah dua lelaki dewasa. Kami bersama-sama pasukan penyelamat dari Indonesia mengeluarkan mayat yang sudah mula membusuk itu.

"Usaha mengeluarkan mayat juga mengambil masa kerana keadaan mayat yang tertimbus agak dalam dan ketiadaan jentera berat untuk mengorek tanah, runtuhan rumah serta pohon pokok yang tumbang," katanya.

Beliau berkata operasi yang bermula pukul 10 pagi waktu tempatan itu terpaksa dihentikan pada pukul 3 petang kerana hujan mula melanda kawasan itu.

Seorang penduduk kampung Nofaldi Adi, 29, berkata kira-kira 25 orang dari kampung itu terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang menenggelamkan hampir keseluruhan kampung.

Beliau berkata lebih 100 lagi penduduk dipercayai masih tertimbus termasuk enam anggota keluarganya.

"Saya hanya berserah kepada Tuhan supaya anggota keluarga saya dapat ditemui walaupun peluangnya memang tipis," katanya yang setiap hari menunggu di kawasan runtuhan gerai makanan yang menimbus kedua ibu bapa, adik perempuan dan anak saudaranya.

Sementara itu, Malaysia terus menghulurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan bencana ini, dan yang terbaru dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memberikan bantuan khemah, generator dan mesin pengepam air. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan