Nasib pelajar Malaysia di Padang: Apa kata mereka

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penuntut-penuntut Malaysia di Universiti Andalas, (UNAND) Padang, yang dibawa pulang Jumaat lepas berikutan gempa bumi di Sumatera Barat 30 Sept lepas, kini menanti keputusan kabinet esok untuk menentukan sama ada akan meneruskan pengajian di Padang ataupun di Malaysia.

Ketika dihubungi Bernama, kebanyakan mereka berkata mereka menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan.

Pelajar pra-perubatan UNAND, Shangeetha Nagarajan, 18, berkata beliau dan ibubapanya sedang menunggu keputusan kerajaan.

"Kita tengok dulu, saya tidak mahu memikirkan tentang itu lagi dan belum buat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajian di sana ataupun tidak. Ia terpulang kepada keputusan kabinet," katanya.

Shangeetha, yang baru mengikuti pengajian di universiti itu 9 Ogos lepas dengan pembiayaan sendiri, kini dalam proses menghilangkan trauma yang dialaminya akibat tragedi itu.

Katanya beliau tidak tahu mengenai pengumuman oleh Pembantu Rektor Dua UNAND, Werry Dharta Taifur semalam bahawa UNAND akan beroperasi semula 12 Oktober ini.

Bagi penuntut tahun pertama bidang perubatan di UNAND, Milfasari Zamil, 19, walaupun keluarga tidak menghalang jika dia mahu meneruskan pengajian di sana, namun keputusan mutlak mengenai kedudukannya diserahkan kepada kerajaan.

"Keluarga memang menyuruh saya menyambung semula di sana kerana sudah menghabiskan duit kirakira RM80,000 bagi yuran tahun pertama. Namun saya sendiri belum pasti dan masih takut kerana diramal berlaku gempa susulan yang lebih kuat," katanya.

Milfasari berkata beliau dan rakan-rakannya juga masih dalam keadaan dilema sama ada mahu meneruskan pengajian di sana ataupun di Malaysia.

Pelajar tahun empat perubatan di UNAND, Suresh Rao Sandubaboo, 23, berkata beliau tidak mempunyai masalah jika dikehendaki melapor diri di UNAND pada 12 Oktober ini.

"Kita terpaksa balik, tidak ada pilihan kerana kita kena ikuti sistem pembelajaran mereka. Macam saya, ada lagi satu semester sahaja hendak habiskan pembelajaran.

"Tetapi apa-apapun kita kena lihat juga keputusan kabinet esok sama ada mahu kami menyambung di sana atau membuat proses pertukaran di sini. Selepas itulah baru kami semua akan berbincang mengenainya," kata Suresh Rao yang mendapat biasiswa daripada Jabatan Perhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian di UNAND.

Seorang lagi penuntut tahun pertama perubatan di universiti itu, Shangeeta Krishnan, 18, berkata, beliau akan kembali ke sana sebab takut akan terganggu pembelajarannya.

"Masalah gempa bumi itu merupakan satu bencana dan kita tak boleh jangka, keluarga juga tidak menentang. Jadi saya menantikan kerajaan mengumumkan tentang itu esok," katanya yang membiayai sendiri pengajiannya di Padang.

Seorang bapa, Abdul Ghani Idris, 65, yang anak perempuannya Marwiza, 25, pelajar tahun empat di UNAND berkata, kini beliau tidak keberatan untuk menghantar semula anaknya ke Padang bagi meneruskan pengajiannya.

"Sebab anak saya di bawah biasiswa Mara, jadi adalah mustahak bagi dia meneruskan sahaja pengajian di sana, sebab ini tentang masa depan dia sendiri," katanya.

Beliau turut memohon kerajaan agar mendapatkan keputusan segera berhubung kedudukan semua penuntut termausklah anaknya sendiri.

Sabtu lepas, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, satu laporan penuh mengenai pengajian penuntut Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi itu akan dibentangkan ke kabinet esok.

Laporan itu antara lain akan menimbang untuk membantu penuntut berkenaan mendapatkan tempat bagi meneruskan pengajian mereka sama ada di Indonesia atau di universiti tempatan.

Terdapat 330 orang pelajar perubatan dari Malaysia yang mengikuti pengajian di UNAND. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan